Johor berhak tarik diri daripada perjanjian Persekutuan Malaysia-TMJ
PETALING JAYA : Johor boleh berpisah daripada Persekutuan Malaysia sekiranya syarat yang dipersetujui di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dilanggari.
Pandangan itu dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tuanku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang menegaskan perjanjian itu dibuat dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.
“Kita menyertai Persekutuan Tanah Melayu pun dengan kedua belah pihak bersetuju dengan syarat-syarat tertentu, dan sekiranya terdapat syarat-syarat tersebut dilanggar, kita berhak menarik diri.
“Anda boleh menuduh saya memainkan sentimen kenegerian, tetapi pada saya, saya sekadar menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka berkenaan sejarah dan warisan bumi bertuah ini,” titah baginda dalam satu temubual ekslusif bersama dengan sebuah portal bolasepak FourthOfficial.
Sebelum ini, adinda TMJ, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut memuat naik menerusi laman instagramnya berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Catatan itu turut menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1948 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” tulisnya.
FMT
Elok la tu boleh lah JDT jadi juara setiap tahun. Juara daerah daerah Johor Liga Super hehe..
ReplyDeleteJangan lupa bayar tol bila nak masuk Pahang dan Melaka..muahaha
Ain't nobody care
ReplyDeleteApa masalah dia ni??
ReplyDeleteKita dah hidup aman damai.....tiba tiba nak keluar statement macam ni...
bubarkan malaysia sy anak sarawak sokong
ReplyDeleteanak sarawak jangan nak sombong sangat. orang johor pulak baru ada JDT dah macam konfiden boleh hidup sendiri. kalau nak tahu lagak orang johor tengok depa bawak kereta macam nak langgar orang.
ReplyDeletetmj ingat dgn kuasa wang utk menaikkan jdt, semua dia boleh dapat. tmj sudah sampai kpd peringkat angkuh dan boleh berkata apa sahaja yg terlintas dlm hati. ego dan sombong.raja2 terdahulu sudah muncul dijiwa tmj. tmj lupa kisah nendanya yg menjadi agong suatu ketika dahulu menyebabkan kuasa raja2 dihakis oleh pm ketika itu. tmj rasa bumi johor besar sangatkah? utk tmj, jika dlm ligapun jdt pernah kalah, ini bermakna kuasa duit bukanlah segala-galanya...
ReplyDeleteStatement tmj memang terlalu bongkak dan sombong seolah olah duit dan kuasa boleh membeli segala galanya...ingatlah kepada Tuhan pencipta alam tentang kehidupan yg sementara ini.
ReplyDeletedia kahwin pun bkn wanita dari negeri johor..bg dia wanita johor x sesuai utk dia..hahahah
ReplyDelete