Tuesday, October 13, 2015

Kenapa Johari Hadir di Pejabat Mahathir?


Kehadirannya menimbulkan tanda tanya apa peranan orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam 'kem' Mahathir yang kini semakin agresif mengkritik kempimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selepas selesai sidang media, Johari  kemudiannya kelihatan bergegas menaiki kenderaan bersama Ku Li.

Persoalannya, adakah kehadiran Johari itu ada kaitan usaha mendapatkan kerjasama ahli parlimen pembangkang untuk undi tidak percaya PM di parlimen atau tidak tidak dapat dipastikan.

Ku Li dalam sidang media sebelum itu ada menyatakan sekiranya usaha undi tidak percaya gagal dibuat di Dewan Rakyat kerana speaker ada kuasa berbuat demikian, ada lagi cara lain boleh dibuat tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ketua WHIP PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani itu kelihatan duduk di sofa bangunan itu semasa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan sidang media membantah penahanan Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA 2012.

Beliau bagaimanapun 'melarikan diri' ketika wartawan cuba bertanyakan lebih lanjut mengenai kehadirannya dalam pertemuan yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal itu dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) Baca MKP

1 comment:

  1. Pakar pungkok pun nak tumpang sekaki juga. Ini orang baik terus pelihara kepakarannya yg boleh menentukan sais, bentuk pungkok seseorang. Pungkok Aljuburi pun dia boleh sahkan.

    ReplyDelete