Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik ramai kerana dikatakan cuba mahu menidakkan penggunaan pembesar suara di luar Masjid dan Surau seluruh Pulau Pinang bagi azan dan iqamat. Dikatakan tindakan tersebut diambil setelah terdapat sepuluh aduan bahawa bunyi seruan azan dan iqamat telah menganggu ketenteraman awam penduduk setempat Pulau Pinang.
Alasan yang sama juga dibuat apabila perarakan Maulidur Rasul dihentikan semenjak dua tahun lepas kononnya atas alasan pembaikkan. Awal tahun pula perarakan Maulidur Rasul yang mahu berakhir di Masjid Negeri Pulau Pinang tidak mendapat kelulusan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Provokasi DAP Pulau Pinang terhadap budaya Melayu dan amalan Muslim di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi. Presiden ISMA kelmarin bertanya sama ada perarakan Gospel juga akan dihentikan oleh kerjaan DAP Pulau Pinang atas alasan menganggu ketenteraman awam?
Oleh itu tidak keterlaluan juga untuk kita semua bertanya sama ada kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng akan mula melarang perarakan Festival Hantu Lapar yang saban tahun menyusahkan orang ramai dengan kesesakan jalan sepanjang Penang Road sehingga lewat malam?
Apatah lagi bunyi bingit daripada lagu-lagu vernakular yang dibawa oleh kereta-kereta berhias yang bertumpu ditengah-tengah bandar Georgetown?
Hantu Lapar 'makan kereta' di PAP Singapura
|
Tentunya atas alasan mahu menjaga ketenteraman awam, kerajaan DAP Pulau Pinang harus berlaku adil dan saksama kepada semua kaum. Dan bukannya melayan satu kaum melebihi kaum yang lain. Konsep keadilan kerajaan DAP Pulau Pinang amat songsang sekali kalau amalan Melayu dan Islam saja yang terus-menerus mendapat kekangan daripada parti supremacis Cina tersebut!
Info seterusnya di SINI
No comments:
Post a Comment