Tuesday, October 27, 2015

Perempuan "Samseng" Pernah Patahkn Kaki Gadis 17 Tahun


Wanita yang mengaku dirinya Neelofa baru-baru ini telah bertindak ganas memukul dan membogelkan seorang ibu muda bernama Nila. Kisah keganasan beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Rupa-rupanya wanita terbabit telah juga melakukan keganasan yang sama terhadap seorang lagi gadis yang berumur 17 tahun sehingga menyebabkan gadis tersebut patah kaki.







Rakaman video yang viral beberapa hari yang lepas menyebabkan beliau berjaya dikenalpasti oleh mangsa yg dipukul sehingga patah kaki tersebut. Oleh itu, suspek utama kejadian direman lagi selama empat hari  berikutan satu kes menceroboh premis untuk mengakibatkan kecederaan yang terjadi pada November tahun lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Amni Mat Jahari di Mahkamah Majistret hari ini dan akan berakhir pada Khamis ini.

Wanita terbabit yang berusia 27 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama enam hari berikutan video pergaduhan yang viral dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun keseksaan.

Memetik laporan dari myMetro, suspek tersebut ditahan reman empat hari berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh ibu seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang mendakwa suspek adalah seorang dari tujuh individu yang memukul anaknya hingga menyebabkan anaknya cedera di bahagian muka dan patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perkara tersebut.
Kita perlu menahan remannya lagi untuk siasatan terhadap kes pada 2014 membabitkan mangsa remaja perempuan.
Mangsa baru-baru ini menghubungi polis selepas mengecam suspek menerusi rakaman video yang tersebar dalam Facebook,” katanya.

Memang agak menghairankan apabila seorang wanita yang masih muda bertindak memukul orang sesuka hati. Adakah selama ini beliau rasa cukup kebal sehingga dengan beraninya mencabar undang-undang negara kita? Demi memastikan perkara ini tidak berulang lagi maka beliau perlu diberi hukuman yang maksima sebagai pengajaran kepada diri beliau sendiri.


cr : Pru14tv

1 comment:

  1. Hasil didikan tok guru u turn...PAS ....

    ReplyDelete