“Polis
Terengganu setakat ini belum mendapat motif khusus berhubung insiden
tembakan itu dan sedang mengkaji dari pelbagai sudut termasuk hal-hal
peribadi, perniagaan dan hutang serta tugas mangsa sebagai pengamal
undang-undang.”
Ketua
Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, bagaimanapun
siasatan dari semua aspek sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca
utama kejadian yang melibatkan mangsa yang juga seorang peguam.
Polis
turut menyiasat sama ada kes kematian bekas ADUN Alor Limbat yang
dipercayai ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat mempunyai
kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak sebelum ini.
"Polis
juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengankes tembakan yang melibatkan seorang pesara guru yang juga merupakan
sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu," kata Rosli.
Pesara
berkenaan Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai terkena tembakan jarak
jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin, Kuala
Terengganu.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang sama namun menggunakan senjata berbeza.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang sama namun menggunakan senjata berbeza.
"Jika
kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh sama (iaitu 9 Ogos dan
9 September)," katanya dan menambah pihak polis menubuhkan
pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk
bagi kes berkenaan.
Rosli
berkata kes tersebut memang dirancang terlebih awal.
Polis
Terengganu setakat ini belum mendapat motif khusus berhubung insiden
tembakan itu dan sedang mengkaji dari pelbagai sudut termasuk hal-hal
peribadi, perniagaan dan hutang serta tugas mangsa sebagai pengamal
undang-undang.
"Kita
sedang mengkaji dan menjalankan siasatan terperinci merangkumi
pelbagai sudut namun kita percaya kejadian ini tidak berkaitan dengan
politik," kata Rosli hari ini.
Menurutnya
satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengesan
kedua-dua suspek yang terlibat dalam kes tembakan tersebut dan pihak
polis juga yakin kedua-dua suspek masih berada dalam negara.
Pada
Jumaat, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di
Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada
solat Jumaat.
Dalam
kejadian 2 petang itu, mangsa yang berada di bahagian dapur rumahnya
didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu
melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.
Susulan
kejadian itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh
jiran mangsa untuk diberikan rawatan kecemasan sekitar 2.15 petang,
namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Rosli
berkata, suspek yang memakai topi keledar berwarna merah dan bervisor
itu terus melarikan diri ke bahagian hadapan rumah di mana terdapat
seorang lagi rakan suspek yang sedang menunggu di atas motor jenis
Honda EX-5 berwarna hitam dan terus memecut laju ke jalan utama.
Laporan Yang sama boleh dirujuk di SINI
No comments:
Post a Comment