Sekurang-kurang
terdapat empat tokoh rangkaian kroni Lim Guan Eng, semasa memegang
kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dedah BBCD.
Empat
tokoh rangkaian kroni Lim sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar
rajah di atas adalah melalui adiknya, Lim Hooi Eng (Setiausaha DAP
Pulau Pinang), Tan Kok Peng (ketua projek menarah bukit), Miss P
(Pemilik rumah banglow yang disewa Lim) dan Lim Kean Seng (penyelia
akhbar Cina).
Tan
Kok Peng merupakan individu paling dominan apabila dia juga mempunyai
hubungan dengan Miss P dan Lim Kean Seng, kata sumber
Dia
juga mempunyai hubungan dengan Hong Yeam Wah, Pengarah Urusan tan Wah
Group yang turut mempunyai hubungan dengan adik perempuan Lim melalui
tunangnya, Tan Khai Chong.
Tan
Kok Peng juga mempunyai tiga tokoh rangkaiannya sendiri iaitu Ewe
Swee Kheng, CEO IDEAL PROPETY (tidak dinamakan) dan Ong Seng Soon.
Dalam
gambar rajah itu Lim juga mempunyai hubungan dengan Cheah Cheng Hye,
namun peranannya tidak dijelaskan.
Gambar
rajah sama juga turut disiarkan Pemikir
Kota.
“Selama
dua penggal Lim memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang, dalam
senyap Lim giat mengumpul kekayaan yang dikutip dari hasil-hasil
kerajaan negeri melalui kroni-kroni yang telah dilantik untuk
menerajui sektor-sektor dalam kerajaan negeri.
“Pembongkaran maklumat segala kroni-kroni dan sumber hasil dari kekayaan ini
menunjukkan bahawa Lim tak ubah seperti Azmin Ali yang giat
mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni-kroni,”dedahnya.
No comments:
Post a Comment