Tuesday, December 15, 2015

INGATKAN YANG BERIA-IA KUTUK TU BERNIAGA, RUPA-RUPANYA CARI MAKAN DENGAN KERAJAAN JUGA!!!


Netizen mendedahkan dua kes 'pejuang' yang begitu anti dengan Najib Abdul Razak dan kerajaan yang dipimpinnya. Agak menarik, memandangkan yang beria-ia memaki hamun dan kelihatan bersungguh-sungguh antikan Najib Abdul Razak adalah orang yang memang cari makan dengan kerajaan yang mereka sendiri maki hamun.

Kes pertama melibatkan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa UITM Sabah, Profesor Madya Roslan Mokhtar yang memetik tajuk daripada sebuah artikel di blog yang terkenal dengan cerita-cerita fitnah yang disengajakan bagi menarik pembaca.


Seorang pengguna Facebook rakan saya alies Aliesz menyatakan kehairanan bagaimana seorang yang bergelar pensyarah boleh menggunakan bahasa yang sebegitu teruk, sekaligus menggambarkan keperibadiannya dan anak-anak murid yang telah dihasilkannya.
Manakala seorang pengguna yang lain mempersoalkan profesor tersebut kerana menggunakan modal daripada blog yang mencari sensasi


Kes kedua melibatkan seorang bekas pengacara TV3 yang kemudian menjadi produser. Difahamkan, individu tersebut sebelum ini cukup kuat mengeji dan memaki hamun Najib Abdul Razak dan menteri-menteri kabinet.



Bagaimanapun, apabila berkesempatan, bukan main pula lagak dan gayanya berselfie dengan Menteri-Menteri Kabinet yang dianggap bodoh dan disuruh pecat.

Kes-kes sebegini sebenarnya cukup banyak dan sudah banyak kali juga didedahkan bagaimana mereka yang mencari makan dengan kerajaan, bertindak mencaci dan memaki hamun majikan sendiri.

Anehnya, golongan ini walaupun benci bukan main tetapi tetap bergantung harap kepada kontrak-kontrak dan kerja-kerja dengan kerajaan. Mereka bijak mengatur kata-kata tetapi mereka sendiri tidak berani keluar daripada kepompong selamat di sekeliling mereka dan bersaing seperti orang lain.

No comments:

Post a Comment