Rayani
Air yang memulakan penerbangan sulungnya pagi ini ke Langkawi dan
Kota Bharu merupakan syarikat penerbangan patuh syariah pertama di
Malaysia.
Menerima lesen perkhidmatan udara dan sijil pengendali udara dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Rayani Air menggunakan dua pesawat lama Boeing 737-400 bagi laluan Kota Bharu, Kuching, Langkawi dan Kota Kinabalu.
Rayani Air menetapkan sasaran 10 tahun untuk mewujudkan rangkaian bagi memanfaatkan pasaran umrah dan haji.
Pengarah
Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, untuk permulaan, syarikat
penerbangan itu yang baharu sahaja mendapat kelulusan daripada
Jabatan Penerbangan Awam untuk beroperasi, mengambil 'langkah kecil'
untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah undang-undang Islam
dalam operasi mereka sebelum melaksanakan lebih banyak rancangan
dalam beberapa tahun akan datang.
"Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam memperkemaskan langkah kami dari semasa ke semasa dan hasrat utama kami adalah memanfaatkan pasaran (umrah dan haji)," katanya kepada pemberita selepas tiba dengan penerbangan sulung Rayani Air dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) di Langkawi, hari ini.
Katanya Rayani Air telah memperoleh dua buah pesawat Boeing 737-400 untuk menawarkan perkhidmatan di KLIA2 di Kuala Lumpur dan Kota Baharu (Kelantan) dengan LIA sebagai hab operasi mereka, sebelum Kuching dan Kota Kinabalu pada tahun depan.
Kenapa tak buat satu koc khas utk. wanita; ini adalah satu masalah dlm. kapalterbang; kerana kdg-kdg.kita terpaksa berhimpit di antara kaum lelaki selama BERBELAS jam; apalagi yg. minum ARAK! Sy. penerbangan Islam JANGAN takut berikan keistimewaan sebegini pd. kaum wanita. Dan aku tengok kot paramugari tu agak pendek dan utk. paramugari yg. tak pakai tudung, lehernya terlalu luas - kerana bila depa tunduk menghidang makanan/minuman; akan jadi masalah seksual! Apalagi penerbangan yg. pi Umrah/Haji -kan ramai warga emas Islam mahupun yh. knservativ, yg. takkan suka ni semua! Depa juga da hak; kita bukan NEGARA BARAT/ZIONIS yg. amat BENCIkan tradisi yg. diangap konservativ, apalagi dlm. Islam.
ReplyDeleteBegitu juga dgn. Rapid KL (yg. seolah TAMAK keuntungan semata) - apa salahnya sediakan satu tren penuh hanya utk. wanita bila waktu SESAK (peak hours - bukan kita minta sepanjang masa) kerana kaum wanita cukup MENDERITA terpaksa BERHIMPIT mcm. SARDIN dgn. kaum lelaki; yg. ada punya MIANG-nak-MAMPOS pula tu; apalagi bila ada wanita MIANG pakai baju LUCAH; maka wanita lain yg. SOPAN mahupun anak-anak gadis kecil, juga turut jadi MANGSA perlakuan seksual-yg.-tidak diingini ini!
Mahupun KTM - KTM tu bila waktu sesak; tak dak lagi dah koc wanita; habis dicerobohi kaum lelaki sebab koc depa pun dah penuh; jadi KTM, tolonglah sediakan satu TREN kas utk. wanita di waktu sesak; bukan hanya beberapa koc! Tapi bila waktu tak sesak pun, peraturan ni tetap diREMEHkan ramai pelancong asing (naik sajalah laluan Batu Caves yg. penuh pelancong Barat - buat tak reti peraturan ni; KURANG AJAQ betul!) dan warga asing mahupun lelaki Malaysia ni tak menghormati peraturan ni - seolah mahu mencabar hak wanita berkaitan KESELAMATAN dan KESELESAAN ini! Kem Wanita tu SENYAP aja psl. ni apasal?!
Nek Tempoyak.