AIDCNews – Sekurang-kurang
terdapat empat tokoh rangkaian kroni Lim Guan Eng, semasa memegang kuasa
sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, dedah BBCD.
Empat tokoh rangkaian kroni Lim sepertimana yang ditunjukkan
dalam gambar rajah di atas adalah melalui adiknya, Lim Hooi Eng (Setiausaha DAP
Pulau Pinang), Tan Kok Peng (ketua projek menarah bukit), Miss P (Pemilik rumah
banglow yang disewa Lim) dan Lim Kean Seng (penyelia akhbar Cina).
Tan Kok Peng merupakan individu paling dominan
apabila dia juga mempunyai hubungan dengan Miss P dan Lim Kean Seng.
Dia juga mempunyai hubungan dengan Hong Yeam Wah,
Pengarah Urusan tan Wah Group yang turut mempunyai hubungan dengan adik
perempuan Lim melalui tunangnya, Tan Khai Chong.
Tan Kok Peng juga mempunyai tiga tokoh
rangkaiannya sendiri iaitu Ewe Swee Kheng, CEO IDEAL PROPETY (tidak dinamakan)
dan Ong Seng Soon.
Dalam gambar rajah itu Lim juga mempunyai hubungan
dengan Cheah Cheng Hye, namun peranannya tidak dijelaskan.
Gambar rajah sama juga turut disiarkan Pemikir Kota.
“Selama dua penggal Lim memegang tampuk
pemerintahan Pulau Pinang, dalam senyap Lim giat mengumpul kekayaan yang
dikutip dari hasil-hasil kerajaan negeri melalui kroni-kroni yang telah
dilantik untuk menerajui sektor-sektor dalam kerajaan negeri.
“Kebongkaran maklumat segala kroni-kroni dan
sumber hasil dari kekayaan ini menunjukkan bahawa Lim tak ubah seperti Azmin
Ali yang giat mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni-kroni,”dedahnya.
No comments:
Post a Comment