Wednesday, December 9, 2015

Tony "Bugs Bunny" Pua jutawan penipu | Jual Syarikat di Singapura Kerana Rugi


Pendedahan terbaru Cyberlake yang dahulunya milik Tony Pua yang dipuja oleh penyokong DAP serta menganggap dirinya Pakar Ekonomi.

Saya akan buat  pendedahan bersiri mengenai syarikat ini untuk tatapan anda semua.

Tony Pua adalah satu lagi penipu. Dia telah berbohong pada perhimpunan tahunan 2008. Lihat profil di dalam blognya:
Sebelum sepenuh masa menyertai politik pada Januari 2007, saya adalah CEO dan pengasas syarikat IT Malaysia, tersenarai di bursa saham Singapura. Saya jual semua saham itu supaya saya boleh berkhidmat kepada masyarakat dan terlibat di dalam sosio-politik Malaysia.”
[Hurkkk... thuihhh! Ekkk ... menyampah aku dengar anak Cina kampung bela ayam ni bercakap. Macam real saja penyamun ni bercakap.]

Di dalam profil tersebut, Tony Pua malu untuk menyiarkan nama syarikat berkenaan iaitu Cyber Village Holding Ltd. Dia tidak menyatakan syarikat yang diuruskannya itu mengalami kerugian.

Pua tidak menyebut kepada syarikat mana dia menjual saham Cyber Village. Nama Cyber Village serta merta ditukar pada 2008 kepada Koyo International untuk mengaburi rakyat Malaysia, tentu saja, untuk mengelakkannya daripada dikesan.

Pua tidak menceritakan Cyber Village diambil alih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah syarikat RM2. Pemegang sahamnya adalah bekas kakitangan Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing).

Malah, setiausaha syarikat adalah isteri Pua, Yow Ting Fong. Alamat berdaftar Brightshphere adalah bersebelahan dengan pejabat firma guaman isteri Pua, Chris Lim Ting ang Partners, T-109, 3rd Floor, Centrepoint, Bandar Utama (Petaling, Selangor).

Pada 2004 Pua dan Cyber Village-nya terjerumus ke dalam masalah besar dan memerlukan bantuan kewangan. Siapakah yang menyelamatkan?

Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dari Genting. Justin Leong menyalurkan dalam S$ 3 juta ke dalam Cyber Village untuk membantu Pua.

Untuk makluman pembaca dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Justin Leong dan rakan niaganya (Gau Xiang Jun) menggunakan Treasure Valley International Limited (ditubuhkan di Virgin Islands).

Itulah Tony Pua, orang yang mengaku dirinya jutawan di Singapura sebelum menyertai Dap pada 2008.

Credit : The Unspinners

No comments:

Post a Comment