Dalam
'move' yang tidak disangka-sangka... PAS sebagai parti orang Melayu dan Islam
kedua terbesar selepas UMNO, pada Selasa mengadakan pertemuan dengan pihak
pengurusan Tabung Haji.
Kunjungan
tersebut untuk mendapatkan penjelasan berbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung
Haji dan rombongan PAS diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man.
Berikut
disiarkan kenyataan penuh Tuan Ibrahim yang dikeluarkan oleh PAS Pusat.
Kunjungan
ke Tabung Haji oleh PAS Pusat hari ini berlangsung dengan baik.
Menerajui
budaya politik matang dan sejahtera, PAS hadir untuk mendapatkan maklumat
langsung dari pihak Tabung Haji sebelum memutuskan sikap disamping turut
mengemukakan pandangan serta penambahbaikan kepada pihak Tabung Haji selepas
pelbagai isu kontroversi melibatkan Tabung Haji tercetus.
PAS
turut bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat sesuatu isu yang berkait rapat
dengan kepentingan dan kebajikan umat Islam berdasarkan maklumat yg benar dan
tepat.
Alhamdulillah,
pertemuan dan perbincangan dua hala selama lebih dua jam ini sangat bermanafaat
dan pihak PAS sungguh menghargai kesediaan Tabung Haji menerima kunjungan kami
dan memberi penjelasan kepada rombongan.
Tinggi
harapan PAS agar institusi ini benar - benar dikendalikan secara profesional
dan telus sekaligus menjaga kepentingan seluruh pendeposit yang terdiri
daripada ummat Islam.
Secara
keseluruhannya penjelasan pihak Tabung Haji telah kami dengar dengan teliti dan
insyaallah kami mengharapkan Tabung Haji dapat memberi penjelasan yang baik dan
telus kepada seluruh rakyat selepas ini bagi merungkai polemik dan isu yang
sedang menyelubungi Tabung Haji dewasa ini.
Justeru
besar juga harapan umum kepada Institusi terbesar dan terpenting bagi ummat
Islam di Malaysia ini bebas dari perkara yang merosakkan reputasi dan
prestasinya.
Bagi
pihak PAS kita akan terus mengikuti dengan dekat segala isu yang berbangkit dan
akan sentiasa mengadakan pertemuan bagi mendapatkan gambaran sebenar setiap isu
yang berbangkit selaras dengan gagasan politik matang dan sejahtera.
Pertemuan
hari ini menemukan dua pihak. Mewakili PAS terdiri daripada saya selaku
Timbalan Presiden PAS, Ketua Penerangan PAS Pusat Yb Ustaz Nasrudin Hassan, Yb
Dato' Dr Khairudin at Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat Prof Zainal Abidin Kidam, Dr Rosni Adam Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad Pegawai Khas Presiden PAS dan
Nurul Islam Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sementara
pihak Tabung Haji terdiri daripada Pengerusi Tabung Haji Dato Sri Abdul Azeez
Abdul Rahim, Pengarah Urusan Tabung Haji Tan Sri Ismee Haji Ismail, Dato Johan
Abdullah Timbalan Pengarah Urusan, Dato Rozaida Omar Ketua Pegawai Kewangan TH
dan beberapa orang pegawai kanan Tabung Haji yang lain.
TUAN
IBRAHIM TUAN MAN
TIMBALAN
PRESIDEN PAS
No comments:
Post a Comment