Kuala
Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau
berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40
tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina
Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.
Prinsip
paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan,
katanya.
“Dalam
dewan ini misalnya, Kelab Sahabat N87 yang hadir, sentiasa setia
bersama saya selama ini dalam keadaan senang, cemas, tetap bersama
saya,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil bersempena ’40
Tahun Najib Razak dalam Politik’ semalam.
Majlis
berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri
daripada bekas ketua pemuda UMNO sezaman dengan Najib.
Datuk
Seri Najib menjelaskan beliau juga memegang prinsip tidak pernah
bertanding untuk menjatuhkan sesiapa dalam politik.
“Rekod
saya dalam setiap pertandingan kalau ada kosong baru saya bertanding,
dengan ini saya tidak akan jatuhkan sesiapa,” katanya.
Prinsip
ketiga pula adalah tidak pernah membeli undi dalam parti.
“Allahyarham
ayahanda saya yang membina UMNO dan saya takkan menjadi anak yang
menghancurkan parti,” tegas beliau.
Perdana
Menteri berkata biarpun beliau disifatkan penyabar oleh rakan
politiknya, namun mengakui kesabaran beliau ada hadnya terhadap
mereka yang cuba mencalar kredibiliti kepimpinannya.
“Ya…saya
penyabar, saya setuju. Tetapi sabar ada had juga. Jangan fikir saya
diam boleh buat sesuka hati, dan jika sudah melebihi had saya akan
bertindak tetapi mestilah berdasarkan fakta dan kepentingan
kerajaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment