Tuesday, February 23, 2016

Siapa Biaya Wall Street Journal Untuk Terus Menipu

Wright wsj


Memang wajar 1MDB menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah jahat The Wall Street Journal. Terkini lihat sahaja bagaimana masih ada usaha mengitar semula serangan rekayasa fitnah daripada WSJ berhubung kononnya perkhidmatan dua bekas syarikat juruaudit 1MDB – Ernsts & Young dan KPMG ditamatkan selepas mereka menyoal mengenai usaha sama syarikat pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International, kata editor The Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright.


Paling menarik editor tersebut tanpa rasa bersalah menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memecat kedua firma tersebut atas kapasitinya sebagai Pengerusi jemaah penasihat 1MDB.
Alasan PM Najib membuang mereka sebagai panel juruaudit 1MDB adalah kerana firma tersebut kononnya mempunyai soalan mengenai perakaunan yang berkaitan dengan cara pelaburan yang berkaitan dengan usah sama dengan PetroSaudi pada 2009.
Editor WSJ menegaskan kononnya beliau tahu mengenainya berdasarkan dokumen dalam draf Laporan Ketua Audit Negara.
Amat memalukan apabila editor WSJ, Wright disoal mengapa firma audit setakat ini tidak melaporkan sebarang penyelewengan dalam 1MDB. Beliau dilaporkan menjawab bahawa berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, Deloitte ada menerima aduan mengenai penyelewengan tetapi tidak dapat mencari bukti sebarang salah laku.
Adakah laporan yang diterima sudah cukup kuat disandarkan sebagai bukti atau bila bukti ditemui maka sahlah wujudnya bukti?
Nampaknya media asing ini sememangnya begitu serius ingin ‘menebus’ malu bahawa mereka selama ini berbohong di dalam isu 1MDB dan terpaksa mengitar semula segala tuduhan dengan cuba membawa cerita dalam dimensi atau sudut penipuan yang baru.
Nampak ketara seakan wujudnya kerjasama yang amat erat antara media asing dengan media pro pakatan  yang kemungkinan dibayar oleh kelompok yang berkepentingan politik di negara ini.

1 comment: