Sunday, February 14, 2016

{ VIDEO } DISEBALIK KEMASUKAN 1.5 JUTA PEKERJA ISLAM BANGLADESH KE MALAYSIA



Isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ni rasanya ramai yang keliru. Dimomokkan plak dengan media putar-belit sampai ramai yang takut. Pro kerajaan pun ramai yang tak faham sampai mereka sendiri tembak kerajaan. Pembangkang tak payah cakap lah, selagi ada peluru selagi tu mereka tembak.


Analisa pra ang dan ulasan pengkritik dari ‘pakar facebook’ atau ‘pakar alam maya’

Dibuat tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Ia lebih bertujuan untuk mengelirukan rakyat serta menimbulkan fitnah serta persepsi buruk kepada kerajaan. Sedangkan permintaan yang tinggi datang dari sektor swasta yang memerlukan tenaga kerja segera untuk hanya 5 sektor formal yang dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing yang berdaftar dengan kerajaan masing-masing dan dalam isu ini jumlah 1.5 juta adalah mereka yang berdaftar dengan Kerajaan Bangladesh.

Malah ‘pakar-pakar alam maya’ ini cuba menimbulkan persepsi kononnya rakyat ‘sedang’ merasakan kedudukan dan peluang pekerjaan untuk mereka akan dirampas.

Lima sektor yang berkenaan ialah Pembinaan, Perladangan, Perkhidmatan, Pertanian dan Perkilangan.

Realitinya yang cuba disembunyikan samada dengan sengaja atau sebaliknya 
Bukan soal kerajaan cuba untuk meminggirkan atau mengenepikan ribuan siswazah dan tenaga mahir vokasional yang ada dalam negara. Hal ini perlu difahamkan sepenuhnya agar fitnah yang timbul sehingga menjejaskan kepercayaan rakyat dibuat tanpa memahami fakta di sebalik setiap tindakan yang diputuskan kerajaan. 

Pekerja Bangladesh yang dibawa masuk tak sama dengan pekerja Bangladesh yang kita dah tau bersepah kat Malaysia ni. Sebelum ni, jika mana-mana syarikat di Malaysia memerlukan pekerja luar, mereka akan mendapatkan dari ejen.

Ejen pula jenis main 'tangkap muat' siapa saja asalkan duit masuk. Sebab tu ada sesetengah pekerja Bangladesh kat Malaysia ni lebih teruk dari setan. Kes jenayah dari pekerja Bangladesh ni pun banyak sebab ejen tak pernah saring siapa yang mereka bawa masuk.

Berlainan dengan sistem baru. Perjanjian MoU kerajaan Bangladesh dengan Malaysia ialah pihak sana akan menyediakan 'ladang' pekerja. 'Ladang' pekerja ini terdiri dari pekerja Bangladesh yang mahu bekerja dinegara luar.

Mereka ini ditapis dari segi rekod jenayah dan kesihatan oleh kerajaan Bangladesh. Taraf pendidikan juga diambil kira. Pendedahan awal mengenai negara-negara yang mereka pohon juga diberikan. Mereka juga akan diberikan latihan mengenai kerja apabila mereka terpilih.

Negara kita akan mendapat akses ke sistem 'ladang' pekerja Bangladesh melalui perjanjian ini. Pihak kerajaan kita akan memberikan segala maklumat yang
 diperlukan kepada kerajaan Bangladesh mengenai pengetahuan mengenai negara dan juga pengetahuan mengenai pekerjaan yang disediakan.

'Ladang' yang
 disediakan oleh kerajaan Bangladesh ini boleh dilayari secara online. Ini bermakna, sesiapa saja yang memerlukan pekerja asing boleh mendapatkan dari 'ladang' yang telah disediakan. Bila sebut sesiapa saja bermakna sesiapa saja dari pihak swasta dalam negara, mahupun negara lain.

Angka 1.5 juta orang bermaksud jumlah pekerja yang
 telah disediakan dalam 'ladang' ini oleh kerajaan Bangladesh. Ini bermakna tak semestinya 1.5 juta ini masuk ke Malaysia. Mana-mana negara lain yang menandatangani MoU dengan kerajaan Bangladesh boleh menggunakan khidmat 'ladang' ini.

Ini selari dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Dato Seri Richard Riot di Parlimen pada 27 Januari 2016:


Persoalan membawa 1.5 juta pekerja asing untuk masuk ke Malaysia.


"Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang berlaku ialah macam ini. I think this is most opportunity time for me to explain."


"Sebenarnya apa yang berlaku ialah negara Bangladesh sudah mempunyai pool – I use the word pool iaitu dalam sehari negara Bangladesh boleh menghantar 1.5 juta pekerja untuk bekerja bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia termasuk Middle East."


"Perkataan ini, 1.5 juta untuk dimasukkan dalam Malaysia sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, adalah persepsi kurang tepat."


"Ini kerana bilamana kita membawa masuk pekerja asing, kita menggunakan khususnya sekarang satu kaedah yang kita panggil sebagai strict liability."


"Dalam strict liability ini secara online, majikan-majikan sendiri akan memohon pekerja yang diperlukan, yang benar-benar diperlukan oleh majikan melalui online ini."


Sejujurnya aku sokong langkah yang kerajaan buat sekarang berkaitan sistem 'ladang' kemasukan pekerja Bangladesh dengan kerajaan Bangladesh. Sebelum ini negara kita tiada sistem dalam memantau rekod peribadi pekerja Bangladesh yang dibawa masuk oleh ejen pekerja asing.


Dengan adanya sistem 'ladang' ini, kerajaan Bangladesh akan memastikan pekerja yang dibekalkan oleh mereka adalah terdiri dari pekerja yang telah ditapis sepenuhnya dan mendapat informasi jelas mengenai negara-negara yang akan mereka tujui.


Mana lebih bagus? Pengambilan pekerja Bangladesh melalui ejen atau melalui 'ladang' yang disediakan oleh kerajaan Bangladesh?


Rujukan:


Penyata rasmi Parlimen 27 Januari 2016 mukasurat 84: 

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-27012016.pdf

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1214786

Baca selanjutnya: 
http://www.penaminang.com/2016/02/disebalik-kemasukan-15-juta-pekerja.html#ixzz409DfHFIS 

No comments:

Post a Comment