Thursday, February 11, 2016

YANG FITNAH & YANG BENAR TENTANG ISU 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH!

Rancangan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh ke Malaysia telah menjadi satu topik yang diperkatakan di dalam media sosial. 

Bagi memperoleh kebenaran rasionalnya cadangan tersebut supaya tidak keliru atau dikelirukan dan supaya kita faham sama ada cadangan itu logik atau tidak, menurut penulis artikel DrMiM, beliau merujuk kepada beberapa penerangan dan jawapan kepada cadangan tersebut. 

Pada 25 Jun 2015, DS Ahmad Zahid dilaporkan berkata sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

So, pekerja-pekerja ini
 tidak masuk sekaligus seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan kemasukan pekerja Bangladesh tertakluk ke atas permintaan industri, persatuan dan dewan perniagaan.

Ahmad Zahid juga dilaporkan berkata usaha untuk membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh sebanyak 1.5 juta orang itu
 HANYA akan dilakukan selepas menghantar pulang pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemasukan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-tidak-bermotif-keuntungan-ahmad-zahid-79502

Dan menurut Setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
 N Gopal Krishnam, terdapat 4 juta pekerja dipercayai pendatang tanpa izin.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1.5-juta-pekerja-bangladesh-melebihi-sasaran-kuota-buruh-asing-kata-mtuc#sthash.w1RxQx6Z.dpuf

Kata mudah, 1.5 juta pekerja asing berdaftar berperingkat-peringkat selama 3 tahun vs 4 juta pekerja asing tanpa izin.

Dalam masa yang sama, pekerja-pekerja asing yang baharu ini akan terpaksa mematuhi prosedur kerajaan seperti pemeriksaan FOMEMA untuk memastikan tiada penyakit berjangkit yang boleh menular kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan juga telah memberi komitmen untuk memastikan kemasukan buruh dari Bangladesh ke negara ini, 
TIDAK menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. 

Selain itu, keseimbangan pasaran buruh juga TIDAK akan terjejas kerana mereka hanya dibenarkan bekerja di 5 sektor formal iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Kita pun sedia maklum, sektor-sektor ini tidak berapa digemari oleh rakyat Malaysia.
"Cadangan berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh dibuat setelah mengambil kira perkembangan ekonomi negara dan keperluan industri bagi mengisi jawatan yang tidak digemari rakyat tempatan.
"Bagaimanapun kerajaan juga sangat berhati-hati dalam perkara ini agar peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tidak terjejas dan sentiasa dilindungi,"   
Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan masalah yang timbul :
1. Menghadkan kepada 5 sektor, mengambil buruh asing berdasarkan keperluan sebenar industri, serta mengenakan saringan kesihatan bagi 3 tahun pertama.  
2. Mereka hanya dibenarkan memasuki Malaysia melalui Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk direkodkan ke dalam Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) melalui pengambilan biometrik. 
3. Kesemua pekerja asing diberi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang perlu diperbaharui setiap tahun supaya keberadaan mereka dapat dipastikan selalu. 
4. Tindakan penguatkuasaan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang masih berada dalam negara. 
5. Bagi memastikan proses penambahbaikan pengurusan buruh asing berterusan, KDN akan melaksanakan konsep 'liabiliti ketat' bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing yang digajikan bermula daripada peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing dihantar pulang. 
6. KDN juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan semua agensi kawal selia serta agensi penguatkuasa yang lain bagi memastikan pekerja asing sentiasa terkawal dan tidak memberi implikasi terhadap keselamatan dan ketenteraman negara. 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kdn-jamin-kemasukan-pekerja-bangladesh-tidak-jejas-peluang-rakyat-tempatan#sthash.iP66269J.dpuf
Seperti yang dijelaskan, kehadiran buruh-buruh asing ini adalah untuk mengisi jawatan-jawatan yang tidak digemari rakyat tempatan, terutamanya berunsurkan 3D (kotor, berbahaya dan sukar) adalah perlu bagi membantu kerajaan meningkatkan kemampanan ekonomi negara.

 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangladesh-lulus-mou-hantar-1-5-juta-pekerja-ke-malaysia-1.188657#sthash.dxc7HYmz.dpuf

Media juga melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal dakwaan bahawa hasrat kerajaan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah bermotifkan 'keuntungan perniagaan'.
Beliau berkata, sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan permintaan daripada persatuan majikan sendiri yang lebih terdorong memilih pekerja asing dari Bangladesh. 
"Setakat ini daripada profil pekerja, tidak ada prejudis, kesetiaan pekerja Bangladesh lebih baik daripada pekerja negara-negara lain, lebih amanah misalnya menjaga kaunter dan stesen minyak. 
"Jangan mudah nak tuduh ini adalah mengenai wang, ini adalah perhambaan moden ... kerajaan memang sentiasa berusaha mencari jalan agar keadaan ini tidak berlaku," katanya. 
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kemasukan-1-5-juta-pekerja-bangladesh-tidak-bermotif-keuntungan-ahmad-zahid-79502

Jika merujuk kepada kenyataan-kenyataan di atas, proses pengambilan pekerja-pekerja baharu ini yang ditambahbaik ini dapat memaksa towkey-towkey dan syarikat-syarikat negara ini untuk menggunakan pekera-pekerja asing yang sah dan tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja-pekerja asing tanpa izin.

Majikan juga bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja asing mereka. Dan yang paling penting ialah rakyat Malaysia tetap diberi keutamaan.

Dan isu ini bukannya seperti pembohongan Pakatan Pembangkang yang kononnya 40,000 orang Bangladesh telah diseludup masuk untuk mengundi semasa PRU-13!

No comments:

Post a Comment