Pakatan
Harapan mempunyai ikon remaja terbaru selepas memperkenalkan beberapa
ikon mereka sebelum ini seperti Rara, Dyana Sofea, Syed 'Palladium'
Saddiq dan yang terbaru Cassandra Chung Li Hooi. Cassandra Chung mula
dikenali ramai sejak 09/03/2016 apabila beliau membuat tindakan
politik murahan membuat petisyen untuk untuk menurunkan gambar
Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak di sudut Kings Meadow di
Nottingham University.
Untuk
rekod, Nottingham University begitu berbangga memiliki bekas
pelajarnya yang menjadi Perdana Menteri di sesebuah negara. Gambar DS
Najib Tun Razak diletakkan sebaris dengan alumni lain yang turut
mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
Setakat
hari ini, menurut blog CTS petisyen berkenaan gagal mendapat sambutan. Malah
jumlah 2,000 tandatangan yang dibuat dalam laman media sosial boleh
dipertikaikan kesahihannya kerana ianya diviralkan menerusi Facebook
Sarawak Report dan mendapat liputan hanya daripada medium pembangkang
Malaysiakini.
Cassandra
Chung sudah terbukti aktif sebagai aktivis pembangkang bila menyertai
Bersih 4 di Kuala Lumpur dan pernah cuba memalukan Perdana Menteri
dalam satu lawatan ke London pada tahun 2014. Malah beberapa foto
beliau memperlihatkan hubungan rapat Cassandra Chung dengan beberapa
orang pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar,
menunjukkan konspirasi terancang pembangkang untuk menjatuhkan DS
Najib Tun Razak?
No comments:
Post a Comment