Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman lima tahun penjara kerana
kesalahan meliwat bekas pembantunya, menerima layanan istimewa
di penjara.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar
dibenarkan menerima 360 perjumpaan sepanjang berada di penjara
bermula dari Februari 2015 sehingga setakat 13 Mac 2016.
Katanya,
Anwar menerima layanan berbeza berbanding banduan lain di mana Anwar
dibekalkan kemudahan pakar perubatan termasuk katil hospital, air
mandi sejuk dan panas, dan tandas duduk, serta makanan mengikut
saranan pakar perubatan seperti susu, kurma dan madu.
Katanya,
layanan kepada Anwar itu bertepatan dengan undang-undang dan
peraturan penjara di mana kesihatan banduan merupakan aspek yang
perlu diberi keutamaan. “Daripada 360 perjumpaan: 152 kali
melibatkan pemeriksaan kesihatan di Penjara Sungai Buloh dan Hospital
Kuala Lumpur; berjumpa dengan keluarga sebanyak 32 kali; dengan
peguam 18 kali; dengan pakar fisiologi 33 kali; berjumpa dengan
peguam di luar mahkamah 85 kali; naik turun mahkamah 24 kali bicara;
menggunakan telefon 38 kali; menggunakan perpustakaan 52 kali; dan
memberi 5 kali ruang untuk Seksyen 31 yang membenarkan banduan pergi
ke acara pengkebumian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Zahid
menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua yang meminta
penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung kelonggaran kepada
banduan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.
Menurut
sumber, Zahid berkata setiap banduan perlu mendapatkan rawatan di
hospital tempatan sahaja dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana
alatan hospital di Malaysia setanding seperti di hospital
antarabangsa.
Bagaimanapun
sekiranya Anwar mahu menggunakan kepakaran doktor luar negara, segala
alatan yang ingin digunakan boleh dipindahkan di mana-mana hospital
di Malaysia untuk meneruskan rawatan terhadap bekas Ketua Pembangkang
itu.
“Langkah
dan tindakan yang dilakukan penjara itu adalah 100 peratus bergantung
kepada peraturan penjara, dan akta negara kita masih belum
membolehkan banduan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan di luar
negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment