Disebabkan
WSJ, ramai yang percaya Najib mengambil RM2.6 bilion dan menyimpan
dalam akaunnya – sama ada sapu semua atau ‘membeli’ pilihan
raya umum 2013. Ramai juga yang mentertawakan Najib apabila beliau
mengatakan kebanyakan wang tersebut telah dipulangkan dan beliau
tidak mengambil keuntungan peribadi daripada wang tersebut.
Ramai
juga yang tidak mempercayai Peguam Negara dan mentertawakan beliau
dan mengatakan beliau berbohong tentang Najib telah memulangkan
kebanyakan wang tersebut.
Tetapi
akhirnya, WSJ sendiri yang juga mengakui dua hari lepas bahawa para
‘penyiasat’ bersetuju bahawa kebanyakan wang tersebut telah
dipulangkan – walaupun setelah berbulan-bulan WSJ tidak pernah
memberitahu kita bahawa wang tersebut telah dipulangkan.
Jadi,
siapa yang anda mahu percaya sekarang? Najib, WSJ, AG atau Mahathir?
Siapa
yang sering menukar cerita? Najib dan AG atau WSJ dan Mahathir?
Jadi,
sekarang kita ada seseorang yang ‘sapu’ duit tetapi kini telah
memulangkan duit yang ‘disapu’ itu?
Najib
memang tidak pandai dalam urusan ‘korup’ seperti ini, bukan?
Asyik memulangkan berbilion ringgit yang beliau sepatutnya boleh
‘sapu’.
Penyiasat-penyiasat
di dua buah negara lain yang bersetuju bahawa kebanyakan daripada
AS$681 juta telah dipulangkan, dan percaya wang tersebut datang
daripada sebuah dana pembangunan Malaysia yang digelar 1MDB, yang
ditubuhkan oleh Perdana Menteri, menurut orang yang biasa dengan
penyiasatan tersebut.
No comments:
Post a Comment