Siapa
sangka sebelum ini bahawa ini akan berlaku?
Berdasarkan
harga minyak global, dengan penurunan harga petrol hari ini kepada
RM1.60 seliter, menjadikannya lebih murah daripada Brunei – mungkin
buat kali pertama dalam beberapa dekad.
Malah,
Malaysia berada dikedudukan keenam paling murah di dunia hari ini
jika negara-negara lain tidak menyelaraskan harga minyak mereka.
Tetapi
tidak pasti pula semurah mana harga petrol yang diharapkan boleh
memuaskan hati Rafizi dan puak pembangkang.
Berdasarkan
teori Lapijinomics, harga roti canai dan teh-tarik akan turun hari
ini.
Marilah
kita sama-sama melihat harga di kedai mamak besok.
Ini
menunjukkan Malaysia tidak lagi mengenakan cukai petrol seperti yang
dilaksanakan oleh Mahathir pada tahun 80-an, 90-an dan awal 2000-an.
Bagaimanapun,
jika trend ini berterusan, Kerajaan perlu memastikan penguatkuasa
sempadan sekitar sempadan Brunei-Sarawak untuk berhati-hati dengan
pemandu Brunei yang datang ke sini untuk mengambil kesempatan
daripada harga minyak yang murah – juga di sempadan Johor dan
Singapura.
Berdasarkan
zombie-teori, mereka akan mengatakan bahawa ini adalah disebabkan
oleh konspirasi kerajaan untuk mengalihkan isu Mahathir isytihar
keluar dari UMNO (yang sebenarnya bukan isu besar sekarang ini dan
tidak mendapat perhatian) atau dikaitkan dengan pilihan raya Negeri
Sarawak.
Tetapi
sebenarnya, ia adalah kerana Kerajaan kini menetapkan harga mengikut
harga pasaran dunia dan berdasarkan kadar pertukaran Ringgit yang
mengukuh. Kerajaan tidak mengenakan cukai atau meletakkan harga
lantai terhadap harga minyak.
Pada hemat saya, Kerajaan patut mengenakan cukai minyak sekarang untuk
memungut dana bagi membantu mengimbangi harga petrol keparas rendah
apabila suatu hari nanti pasti akan meningkat dan juga untuk mengelak
harga petrol yang begitu murah akan menggalakkan pembaziran dan
penyeludupan.
No comments:
Post a Comment