Satu
lagi kemusykilan aneh timbul apabila Lim Guan Eng cuba menjawab isu
banglo diskaun di Jalan Pinhorn yang beliau beli pada 28hb Julai
2015 dengan harga hanya RM2.8 juta sahaja.
Menurut Dr MIM, difahamkan
bahawa harga pasaran untuk banglo di kawasan prime Jalan Pinhorn ini
pada tahun 2015 adalah lebih daripada RM4 juta. Terdapat 2 dokumen di
bawah yang viral di dalam media sosial.
Lihat di bawah:
Lihat di bawah:
Yang
amat mengejutkan ialah setelah beberapa
kenyataan akhbar yang beliau keluarkan tentang
skandal bungalow Diskaun ini, tiba-tiba sahaja Lim Guan Eng DAP
membuat 'pengakuan' bahawa RM2.8 juta itu adalah nilai banglo itu
pada tahun 2012 !
Dan setelah 3 tahun (2015), Lim Guan Eng telah membeli rumah itu dengan harga yang sama pada tahun 2012! Alasan beliau ialah berdasarkan persefahaman dengan isterinya, Betty Chew.
Di manakah logik perniagaan apabila seseorang sanggup 'rugi' menjual rumahnya sendiri dan nilainya bukan seringgit atau seratus ringgit tetapi jutaan ringgit?

lebih tidak masuk akal ialah kenyataan Lim Guan Eng DAP yang
seterusnya,
Lim, ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata beliau bukan seorang ejen hartanah.
"Saya tidak tahu harga. Hanya terdapat pemahaman lisan," katanya - seterusnya
Lim
Guan Eng DAP bukan
sahaja Ketua Menteri tetapi beliau memegang potfolio Hal Ehwal Tanah
dan Pembangunan Tanah. Beliau juga seorang akauntan bertauliah.
Apa mungkin Lim Guan Eng DAP tidak tahu menahu atau ingin tahu tentang harga pasaran rumah apabila mahu membeli banglo mewah beliau itu? Di manakah rasionalnya alasan beliau itu?
Tambahan pula, pembelian aset hartanah bukan yang pertama oleh Lim Guan Eng! Dokumen deklarasi aset tahun 2012 menyatakan bahawa Setiausaha Agung DAP ini memiliki 2 rumah kedai di Melaka.

daripadanya adalah harta milik bersama Betty yang bernilai RM435,000
dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau
juga membuat pinjaman
RM650,000 bagi membayar hartanah itu.
Dan
ketika membeli 2 rumah kedai di Melaka, Guan Eng DAP pun tidak tahu
atau ingin tahu nilai
pasaran
hartanah yang beliau beli itu?
Come
on …… Lim Guan Eng.
Realitinya, jawapan dan alasan yang diberi oleh LGE DAP bukan sahaja telah menjadi bahan jenaka tetapi telah menambahkan syak wasangka rakyat terhadap beliau.Kekalutan Setiausaha Agung DAP itu tampak sangat jelas dan semakin memakan diri sendiri.
Dan apa perlunya memanggil pihak media untuk melawat banglo kontroversi itu?
Untuk membuktikan No Swimming Pool?
Ironinya, kita juga tertanya-tanya, di manakah suara kepimpinan DAP tempatan negeri Pulau Pinang?
Kenapa mereka berdiam diri tidak mempertahankan boss mereka?
Atau apakah benar seperti yang kedengaran sekarang iaitu mereka sebenarnya suka apabila integriti boss mereka teruk dipertikaikan seperti ini?
Kita sedia maklum bahawa pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang gigit jari kerana hak mereka memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang telah dicabul. Apakah kali ini peluang terbaik mereka?
No comments:
Post a Comment