Skandal Banglo Terlajak Murah Lim Guan Eng DAP dan tanah Taman Manggis menjadi semakin panas. Ramai rakyat yang mempertikaikan skandal ini, malah telah membuat laporan SPRM.
Dalam
masa yang sama, alasan Lim Guan Eng DAP terus menjadi perbualan
rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang. Jarang kita perhatikan
kekalutan Lim Guan Eng DAP menjawab sesuatu isu tentang diri beliau
sendiri tetapi kali ini, ianya begitu terserlah dan menambahkan syak
wasangka rakyat terhadap integriti beliau.
Dan di dalam kepanasan skandal Banglo Terlajak Murah Milik Lim Guan Eng DAP, menurut Sumber beliau terbang pula ke negara China. Alasannya ialah untuk berjumpa Gabenor Guangzhou pada 22hb Mac dan menghadiri Forum pada 23hb - 25hb Mac 2016. Ironinya ketika ini, parlimen sedang bermesyuarat.
Kenyataan pegawai Lim Guan Eng DAP di facebook ini telah disindir oleh ramai facebookers. Di antara yang menarik ialah kenyataan Facebooker yang memberi 10 sebab banglo Lim Guan Eng begitu murah jika dibandingkan dengan harga pasaran yang 'tidak diketahui' oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Anda baca sindiran pedas di bawah.
Dan di dalam kepanasan skandal Banglo Terlajak Murah Milik Lim Guan Eng DAP, menurut Sumber beliau terbang pula ke negara China. Alasannya ialah untuk berjumpa Gabenor Guangzhou pada 22hb Mac dan menghadiri Forum pada 23hb - 25hb Mac 2016. Ironinya ketika ini, parlimen sedang bermesyuarat.
Kenyataan pegawai Lim Guan Eng DAP di facebook ini telah disindir oleh ramai facebookers. Di antara yang menarik ialah kenyataan Facebooker yang memberi 10 sebab banglo Lim Guan Eng begitu murah jika dibandingkan dengan harga pasaran yang 'tidak diketahui' oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Anda baca sindiran pedas di bawah.
Yang
terbaru ialah laporan media yang mendedahkan kewujudan transaksi yang
amat aneh berlaku pada tanah di Taman Manggis. Tanah yang berkeluasan
0.8 hektar itu pada mulanya adalah untuk membangunkan Projek
Perumahan Rakyat (PPR).
Tanah
itu adalah baki kepada projek rakyat berjumlah lebih daripada 2 ekar.
Manakala Fasa 1 telah siap dibina dan diduduki oleh rakyat dan Fasa 2
sepatutnya turut melibatkan tanah 0.8 ekar itu.
Tetapi Lim
Guan Eng DAP 'tidak tahu' tanah Taman Manggis itu adalah
untuk projek
rumah kos rendah walaupun
ianya juga telah direkodkan dalam hansard mesyuarat DUN tahun 2012.
Ketua
Menteri yang juga memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan
Tanah Negeri tidak tahu tanah di Taman Manggis Fasa 2 untuk projek
perumahan rakyat?
Dan
juga, 320 unit projek perumahan rakyat fasa 1 betul-betul ada di
sebelah tanah kontroversi itu dan Lim Guan Eng DAP masih 'tidak
tahu'!
Transaksi
aneh yang dimaksudkan ini telah didedahkan oleh
media http://www.malaysia-today.net/lim-guan-eng-kantoi-a-third-time/
bersama dokumen-dokumen pentingnya.
bersama dokumen-dokumen pentingnya.
Yang
dipersoalkan ialah tender asal pada tahun 2010 untuk lot di Taman
Manggis adalah untuk pembinaan dan pengurusan pusat perubatan pakar.
Lihat di bawah:
Tetapi
setelah urusan tender selesai dan dimenangi oleh Kuala Lumpur
International Dentak Centre Sdn. Bhd, terdapat
pindaan dalam cadangan tersebut di mana ditambahkaya pula dengan
keizinan oleh kerajaan DAP untuk membina servis suite dan hotel!
Daripada
hanya pusat perubatan pakar tetapi kini dapat pula bina servis suite
dan hotel! 'Sungguh hebat' dan 'murah hati' Lim Guan Eng DAP
ini. Tiada syarikat yang akan menolak sikap 'murah hati' itu!
Lihat
2 dokumen yang didedahkan oleh Malaysia Today :
Kita
minta penjelasan kerajaan DAP tentang dokumen ini.
Mungkin
juga kerajaan DAP negeri mahu tambah hasil negeri dengan membebankan
rakyat lagi. Dengan terbinanya hotel ini nanti, kerajaan DAP boleh
kenakan cukai tambahan untuk setiap bilik di hotel-hotel sekitar
negeri ini. Cukai RM2 bagi setiap malam di hotel yang bertaraf 1
- 3 bintang, manakala caj kebenaran RM3 untuk bilik di hotel yang
bertaraf 4 ke atas.
Tentang
menyusahkan rakyat dengan penambahan cukai dan sebagainya, kerajaan
DAP negeri tidak pernah lupa!
Dan rupa-rupanya,
banyak perkara dalam Pulau Pinang ini yang tidak diketahui oleh Lim
Guan Eng DAP walau pun sudah 2 penggal memegang jawatan Ketua Menteri
dan hal ehwal pembangunan tanah.
Begitu
juga alasan
Setiausaha Agung DAP yang tidak tahu banglo mampu milik beliau itu
tersasar jauh daripada harga pasaran.
Kita
tunggu respons dan 'tai chi' Lim Guan Eng DAP yang seterusnya setelah
beliau balik China.
Kita
juga menyarankan kepada Lim
Guan Eng DAP supaya memberi kursus tentang
bagaimana mahu membeli hartanah lebih murah daripada harga pasaran di
Pulau Pinang. Semoga
dapat dimanfaatkan oleh rakyat Pulau Pinang.
TERKINI
Phang
Li Koon yang menjual rumahnya yang tiada swimming pool kepada Lim
Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo itu telah membuat akuan
sumpah bertarikh 22 Mac 2016.
Yang peliknya ialah Akuan Sumpahnya itu ditunjuk dan dibaca sendiri oleh Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh pada sidang media di Komtar tadi.
Apakah
istimewanya Miss P dalam kerajaan DAP negeri ini hinggakan seorang
yang berjawatan Exco Negeri yang mewakili beliau?
Lagi
banyak persoalan timbul!
No comments:
Post a Comment