Demikian
soal peguam, Siti Kassim yang memuat naik sebuah rakaman video
berhubung kekecohan yang timbul daripada serbuan penguatkuasa Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam sebuah majlis makan
malam tertutup anjuran golongan transgender, pada hujung minggu lalu.
Dalam
rakaman video selama tiga minit itu yang dimuat naik ke laman sosial
Facebooknya, Siti bersama individu transgender lain dilihat terbabit
dalam kekecohan itu bersama penguatkuasa Jawi, apabila beliau meminta
mereka menunjukkan waran untuk melakukan serbuan.
Peguam
itu juga hendak tahu kesalahan yang dilakukan mereka sehingga
menyebabkan Jawi menyerbu majlis itu.
Di
penghujung video itu, seorang lelaki dipercayai adalah wartawan yang
merakamkan kekecohan itu, diminta meninggalkan majlis berkenaan.
Menurut FMT, dalam
keterangan video itu Siti berkata adalah jelas penguatkuasa Jawi
mengganggu majlis kutipan dana itu dan memperbesarkan perkara itu
dengan membawa wartawan ketika melakukan serbuan terbabit.
Siti
kemudiannya memuat naik satu lagi rakaman
video mengenai
kejadian itu yang disiarkan sebuah media serta menyebabkan beliau
tersinggung dengan tajuk serta keterangan video terbabit.
“Saya
boleh beri jaminan kepada anda, mereka semua akan berdepan tindakan
undang-undang, termasuk lelaki ini yang datang tanpa diundang dan
saluran berita yang memuat naik video ini. Bersiap sedia.”
Menurut
Siti, ketika mempersoalkan jenis kesalahan yang dilakukan golongan
transgender itu, jawapan yang diberikan adalah mereka menganjurkan
pertandingan ‘Ratu Cantik Dunia’.
“Saya
tidak mahu merendah-rendahkan kebijaksanaan mereka, tetapi jika
mereka tidak boleh bezakan pertunjukan dan pertandingan ratu cantik
sebenar, maka mereka perlu lebih banyak berdoa.”
Sehubungan
itu, Siti menggesa orang ramai supaya mempertahankan hak sendiri dan
jangan biarkan sesiapa pun dibuli dengan alasan agama.
Menurut
laporan semalam, Siti yang turut ditahan dalam serbuan Jawi itu
menjelaskan, ia hanyalah sebuah majlis makan malam, di mana golongan
transgender yang hadir berarak seperti peserta pertandingan ratu
cantik menerusi satu pertunjukan untuk tujuan kutipan dana bagi
kebajikan.
Terdahulu,
seorang individu transgender yang didakwa menganjurkan majlis makan
malam itu dilaporkan mungkin didakwa atas pertuduhan menggalakkan
maksiat dan mengingkari arahan pihak berkuasa agama.
Lalita
Abdullah daripada kumpulan hak asasi transgender, SEED Malaysia
dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Jawi telah memaklumkan Ira
Sophia yang beliau akan didakwa di bawah Seksyen 9 dan Seksyen 35
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Video: Siti
Kassim Facebook
No comments:
Post a Comment