1Malaysia
Development Berhad hari ini menegaskan sebagai ‘pembohongan terang-terangan’
laporan Wall Street Journal mengenai laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
berhubung dana pelaburan strategik kerajaan.
Syarikat
itu dalam satu kenyataan berkata Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus itu
langsung tidak mencadangkan bahawa dana itu telah hilang daripada 1MDB atau
terdapat sebarang rujukan kepada siasatan jenayah.
“Sebaliknya,
laporan itu mengesyorkan supaya agensi-agensi penguatkuasaan menjalankan
siasatan terhadap beberapa bekas pengurusan syarikat,” kata 1MDB.
PAC
hari ini mengedarkan laporan itu di Dewan Rakyat.
WSJ
menyiarkan tajuk berita di dalam laman webnya mendakwa PAC “mendapati
berbilion-bilion dollar telah hilang daripada dana pelaburan negara itu dan
mengesyorkan supaya pengurusan kanan berdepan siasatan jenayah.
“Kami
menggesa Wall Street Journal untuk segera mengeluarkan kenyataan mengelirukan
dan palsu itu yang, sekali lagi, memperdaya menerusi laporan berat sebelah dan
tidak betul mengenai syarikat ini,” kata kenyataan itu.
—
BERNAMA
No comments:
Post a Comment