Pakatan pembangkang yang masih terus-terusan melemparkan tohmahan lantaran hubungan akrab UMNO dengan Parti Komunis China (PKC) sedangkan realitinya idealisme komunis hari ini adalah berbeza dengan pemahaman ketika awal kemerdekaan Tanah Melayu dulu.
Mahathir pernah berkata rakyat China telah berdagang dan melabur di Malaysia selama 2,000 tahun dan tidak pernah sekalipun menjajah atau membunuh mana-mana rakyat Malaysia. Tetapi Jepun sememangnya pernah menjajah, membunuh, merompak, merogol dan menyebabkan penderitaan kepada jutaan rakyat Malaysia selama 3 tahun 8 bulan dari 1941-1945 dibenarkan melabur di negara ini.
Hubungan rapat dengan PKC yang merupakan parti pemerintah Republik Rakyat China iaitu antara negara yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa, memberi banyak kelebihan bukan saja kepada hubungan diplomatik antara dua negara tetapi dalam masa yang sama memberi ruang dan peluang ekonomi yang lebih besar.
China adalah sebuah negara yang besar dan mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai, sementara Malaysia adalah negara yang berasaskan kepada industri dan dengan hubungan akrab yang terjalin, kita akan dapat membuka lebih banyak ruang perniagaan dan perusahaan yang mana ia bukan hanya menguntungkan negara ini tetapi juga rakyat keseluruhan kerana mempunyai pasaran yang lebih luas.
Sebelum ini kita banyak bergantung kepada negara Eropah dan Amerika dalam urusan perdagangan tetapi dengan termetrainya ikatan rapat dengan PKC maka ruang lebih besar dan sesuatu yang baru akan dapat diterokai. Malah China kini mengadakan hubungan perniagaan dan pelaburan terbesar di Amerika Syarikat, England dan di kebanyakan negara negara Eropah.
Jangan hanya bersandarkan kepada nama komunis lantas kita menutup pintu persahabatan, sedangkan PKC bukanlah regim yang kejam sebaliknya mereka mengamalkan sistem komunisme terpimpin, sentiasa berbincang dan melaksanakan konvensyen dalam usaha membangunkan sebuah negara yang besar
Sejarah mengajar kita bahawa kita diperangi komunis bersenjata selama 31 tahun dari tahun 1948 hinggalah 1989 apabila Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata dan bubar. Dalam tempoh itu, ideologi dan pemberontakan bersenjata komunis merebak ke Sarawak.
Banyak nyawa terkorban, harta benda musnah. Pasukan keselamatan membunuh 6,710 anggota bersenjata PKM, menawan 1,287 manakala 2,702 menyerah diri. Apabila PKM dibubarkan, 500 lagi menyerah diri. Seramai 1,345 anggota pasukan keselamatan Malaya/Malaysia dan 519 anggota tentera Komanwel terkorban. Ini belum lagi dikira orang awam yang menjadi mangsa.
Apabila Almarhum Tun Abdul Razak Hussein membuat perjalanan bersejarah ke Beijing pada 1974 dan menjalin perhubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, PKC menamatkan perhubungan parti-ke-parti dengan PKM dan pembekalan senjata ditamatkan.
China, Vietnam, Cuba, Korea Utara dan Laos terus mengamalkan sistem satu parti dengan parti komunis sebagai parti politik tunggal. Pembangkang tak pula kata Malaysia ada hubungan negara Komunis.
Pemerintah komunis Beijing selepas era Moa Zedong membuka ruang ekonomi seluas-luasnya di seluruh dunia. Malaysia kini menjadi pengekspot terbesar minyak sawit sebagai minyak makan ke China, sekaligus mengatasi Indonesia apabila mencatat peningkatan 53.6 peratus bagi tempoh enam bulan pada 2016. Secara tidak langsung ia menguntungkan peneroka-peneroka FELDA dan pekebun-kecil. Dengan keputusan Parlimen Peranchis menolak usul menaikkan cukai cukai impot minyak sawit, ia juga akan membantu merangsang permintaan terhadap produl tersebut selain getah.
Maka dengan kemunculan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia dan diramalkan mengatasi Amerika menjelang tahun 2030, kedudukan PKC semakin kuat dan strategik yang bakal menguntungkan negara dalam hubungan perniagaan dan perusahaan.

No comments:
Post a Comment