Friday, May 6, 2016

Sarjan didakwa di mahkamah cuba bunuh komando





Melaka: Anggota tentera berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh di sini, hari ini, atas tuduhan cubaan bunuh seorang komando, bulan lalu.

Tertuduh Sapudin Bolek, 42, berasal dari Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama tujuh yang masih bebas memukul Mohd Daud Karim, 26, dan cuba membunuh mangsa di Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan, 12.50 tengah malam pada 17 April lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 dan menetapkan 8 Jun depan untuk sebutan semula kes. - myMetro



No comments:

Post a Comment