Pertuduhan yang dibaca itu diberi tafsiran seolah-olah menunjukkan hukuman telah
dijatuhkan. Kita sendiri tertipu bila hal ni kecoh diperkatakan di
media sosial, namun selepas melihat rakaman barulah dapat difahami ia
hanya pertuduhan langsung terhadap beberapa penama dan dari 4 penama
yang dituduh itu, PM Najib Razak tiada dalam senarai walhal selama
ini yang dicanang-canang WSJ / SR ialah Najib Razak yang
dikatakan mastermind.
Merujuk blog Bidaman setelah
dokumen pertuduhan dibaca, dan kertas pertuduhan diterbitkan secara
online, baru lah kita nampak yang jadi tukang putar alam, dan tukang
menghuru harakan ialah Jho Loh . Melalui transaksi-transaksi yang
ditunjukkan orang yang dok buat untung ialah Jho Loh,kiri kanan makan
pergunakan orang itu dan orang ini.
Dengan
menggunakan kebolehan berkomunikasi dalam Ereb, dan syarikat2 Pak
Ereb, duit dipusing-pusing secara sistematik yang akhirnya bagi
keuntungan pada beliau. Di satu ketika bila Riza Aziz buat kenyataan
bahawa modal pembikinan filem Wolf of Wallstreet itu adalah
investment Pak Ereb, kenyataan yang dibuat bertahun dulu dilihat
masih konsisten dengan laporan yang dikeluarkan oleh DoJ itu.
Cuma
sekarang kita jelas syarikat Pak Ereb ini ada hubungkait dengan Jho
Loh. Mungkin pelaburan oleh syarikat Ereb kepada Red Granite itu
diuruskan Jho Loh yang ambil peluang buat keuntungan atas
keterdesakan kewangan Red Granite dan dari situ saja entah berapa
keuntungan yang diperoleh beliau hasil dari jual nama PM je... Apa
pun, seperti yang kita tau filem berkenaan meletop di seluruh dunia
dan Red Granite beroleh keuntungan.
bukan jual nama free..kena bg comission jugak ..2.6B je
ReplyDelete