Semuanya bermula sebagai ASALKAN BUKAN UMNO...
Kemudian menjadikan ISU 1MDB sebagai matlamat menghalalkan cara... atau lebih tepat lagi menutup motif dan objektif sebenar perjuangan.
Ketika pro-Najib dan pro-Mahathir bercekau tentang 'siapa yang lebih benar', isu 1MDB terus menjadi penghangat perbalahan. 1MDB dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyalahkan pentadbiran Najib, sekalipun penjelasan demi penjelasan, penerangan demi penerangan, bukti demi bukti tentang keupayaan dan perubahan 1MDB di bawah pentadbiran Arul Kanda berbanding di bawah pengurusan terdahulu yang telah bercempera, dengan sebahagian daripada mereka melarikan diri daripada tindakan undang-undang di Malaysia, dibuat dari semasa ke semasa. Tuduhan-tuduhan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian besar dan kerugian besar tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia, bertukar menjadi penjualan aset iaitu tanah kepada pihak asing seolah-olah negara ini tidak ada Kanun Tanah Negara yang jelas terpampang mengenai pemilikan asing ke atas tanah di dalam negara ini setelah kumpulan anti 1MDB gagal menunjukkan bukti sepertimana yang mereka laung-laungkan selain hanya HEARSAY sepertimana yang kerap diperakui oleh Mahathir dan Muhyiddin.
Kemudian
muncul pula gelombang #TANGKAPMO1 yang dijayakan oleh pelajar-pelajar
universiti dari bangsa Melayu yang diketuai oleh seorang pelajar
perempuan yang bidang pengkhususannya adalah linguistik Arab dengan
pembiayaannya pula adalah daripada pinjaman PTPTN.
Maka dalam kecelaruan dan semangat membara untuk menuntut keadilan dan kebenaran itulah, satu pihak lagi yang selama ini bertepuk tangan dan bersorak apabila golongan majoriti berpecah dan bercekau antara satu sama lain, menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.

Gerakan
LGBT dan Liberalisme yang sentiasa menunjukkan bahawa Islam adalah
sebuah agama jumud, manakala penganutnya pula adalah golongan gasar
yang masih bangga dengan panah, pedang dan kuda, telah menganjurkan
satu majlis MENGHINA ISLAM dan INSTITUSI ISLAM beberapa hari lepas di
Petaling Jaya.
Dengan beralasankan ia adalah satira semata-mata dengan tujuan bergurau, anugerah diberikan kepada individu atau entiti yang tidak mengiktiraf kepercayaan kaum LGBT yang mahu umat Islam mengiktiraf mereka. Antara yang diberikan anugerah oleh gerakan yang memperjuangkan kebebasan seks itu adalah Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor.
Ada yang seronok dan meloncat-loncat. Medium pro mereka membesar-besarkan cerita tersebut tanpa sebarang sanggahan kecuali segelintir yang dapat melihat apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pihak terbabit.

Kemudian,
hakim Mahkamah Sesyen Kajang memutuskan bahawa Presiden ISMA, Abdul
Zaik Abdul Rahman bersalah di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan
1948 setelah mengeluarkan artikel berjudul "Kedatangan
pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di
laman web Isma dua tahun lalu.
Mei lalu, mahkamah yang sama membebaskan Abdul Zaik atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
Teresa Kok dan Lim Lip Eng dari DAP segera mengambil kesempatan dengan mendesak Abdul Zaik meminta maaf kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia dengan alasan, Abdul Zaik bertuah kerana tidak dipenjarakan setelah mahkamah mendapati dia bersalah kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan.

Kedua-dua
orang ini yang cukup terkenal dengan provokasi-provokasi ke atas
orang Melayu, India dan umat Islam, bertindak seperti cacing naik ke
mata walaupun Abdul Zaik hanya didapati bersalah kerana menerbitkan
artikel tersebut berbanding melakukan hasutan seperti yang terkandung
dalam Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Pada
masa yang sama, Teng Chang Kim mewakili DAP dalam Kerajaan Negeri
Selangor mengumumkan penghapusan diskaun 10% bagi pemilikan aset di
kalangan Melayu-Bumiputera. Ada pembelaan ke atas keputusan tersebut
dengan hujah, Melayu tidak berkemampuan untuk membeli hartanah mewah.
Jadi kewujudan diskaun tersebut tidak mendatangkan sebarang makna dan
penghapusannya juga lebih memudahkan.
Lim
Guan Eng dalam perutusannya, sekali lagi beretorik tentang rasisme
dan eksploitasi agama demi kemerdekaan negara. Namun orang yang sama
jugalah, menggalakkan provokasi ke atas agama dan umat Islam
termasuklah yang terbaharu menerusi cetakan sebuah hadis di punggung
patung beruang yang terdapat dalam satu pameran di tengah padang di
Pulau Pinang sempena Hari Kebangsaan.
Patung-patung
tersebut kemudiannya telah dipindahkan dan dihilangkan apabila
Netizen memuatnaik gambar-gambar ke Facebook dan tindakan provokasi
tersebut menerima kecaman teruk daripada Netizen lain.
Persoalannya
sekarang ialah, mengapa provokasi ke atas Islam dan umat Islam begitu
berleluasa tetapi tidak pula dianggap sebagai satu bentuk ekploitasi
agama? Apakah kerana ianya Islam?
Melayu-Bumiputera
dan umat Islam sentiasa disibukkan dengan isu-isu yang telah
disensasikan dan diperbesar-besarkan. Tidak sukar untuk menaikkan
sentimen Melayu-Bumiputera dan umat Islam yang berasakan mereka serba
tahu dan serba bertanggungjawab. Namun mereka juga tidak sedar,
bahawa mereka sebenarnya sedang diserang di sebalik sokongan yang
diberikan oleh puak berkenaan kepada mereka.
Hanya
kerana ASALKAN BUKAN UMNO... ASALKAN BUKAN NAJIB... dan ASALKAN BUKAN
1MDB!!!
[ Baca artikel asal di sini ]
No comments:
Post a Comment