Penguasaan
dan pemonopolian pengilangan, pembekalan, penghantaran kabel fiber
optik dari vendor Telekom Malaysia oleh OPCOM, membuatkan Mukhriz
yang merupakan anak manja Mahathir berlagak besar kepala dan bersikap
angkuh.
Menetik sumber, OPCOM tidak begitu mendapat perhatian berbanding MISC dan syarikat-syarikat pegangan Mokhzani pada tahun-tahun REFORMASI yang menelanjangkan banyak penjalangan Mahathir menggunakan wang rakyat bagi membela syarikat-syarikat yang ada kepentingan anaknya.

Hanya
pada 2009, nama OPCOM mula muncul dan diperkatakan secara terbuka
apabila Mukhriz yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO
OPCOM Holdings Bhd. Pada ketika itu, Mukhriz menguasai 65.062 juta
saham dalam OPCOM. Kedudukan Mukhriz digantikan oleh
Mokhzani.
Mokhzani menstruktur semula OPCOM dan dilantik sebagai CEO. Saham OPCOM melonjak setinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.
Mukhriz bagaimanapun, terus memiliki kepentingan sebanyak 23.5% dalam OPCOM atas namanya sendiri, manakala kepentingan 20.93% lagi atas nama Rezeki Tegas Sdn. Bhd. Isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria pula memegang kepentingan sebanyak 26.94% menerusi M Ocean Capital Sdn. Bhd.
Isu membabitkan OPCOM Holding Berhad mula diperkatakan apabila syarikat tersebut dan adik-beradik Mukhriz mendapat kontrak lumayan daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana pada tahun 2003, syarikat tersebut mendapat kontrak memonopoli pembekalan fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus yang dipaksaberi oleh Telekom Malaysia menerusi kelulusan Kementerian Kewangan.

Mahathir
Mohamad pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Pemonopolian
dan penguasaan projek fiber optik Telekom Malaysia oleh OPCOM
berterusan sehingga ke hari ini menerusi perjanjian dan konsesi berat
sebelah yang melindungi OPCOM berbanding kepentingan Telekom Malaysia
dan rakyat Malaysia.
Februari
2015, Kerajaan telah menganugerahkan projek Jalur Lebar Berkelajuan
Tinggi (HSBB) Fasa Ke-2 bernilai RM3.4 bilion kepada Telekom Malaysia
Berhad. Projek tersebut memberi manfaat kepada OPCOM apabila pada
tahun 2015 juta, Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah
RM282.94 juta kepada mereka.
Justeru
apabila Mukhriz Mahathir mengambil pendekatan menghina
penerima-penerima BRIM dan atlet-atlet Paralimpik negara, sebenarnya
membuktikan tentang andaian selama ini bahawa seluruh keluarga
Mahathir yang kaya raya daripada wang rakyat, tidak berpuas hati
apabila kepentingan mereka terusik, adalah benar.
Kekayaan
dan kemewahan yang diperolehi menerusi projek rundingan terus
menggunakan kuasa bapanya selaku Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan, telah dijadikan lesen besar bagi Mukhriz untuk menghina
golongan miskin dan tidak sekayanya.
Berbangga
sangat dengan projek beratus juta dan berbilion yang diserahkan
kepada taikun-taikun dan ahli keluarga sendiri, sedangkan rakyat pula
sekadar melihat untuk berbangga tetapi tidak menikmati apa-apa pun
daripada projek tersebut selain daripada terpaksa menanggung dan
membayar untuk beberapa generasi, itu yang membuatkan Mukhriz
Mahathir besar kepala?
BRIM
yang bernilai RM7 bilion yang dibayar terus kepada rakyat, dianggap
akan menyukarkan ekonomi negara? Dianggap sebagai pemberian umpan dan
dedak? Dianggap sebagai pengikat rakyat untuk terus mengundi UMNO dan
Barisan Nasional, walhal yang beratur dari pagi dan paling teruja
untuk memungut BRIM adalah puak-puak penyokong totok DAP?
Mukhriz
Mahathir dan ahli keluarganya sepatutnya bersyukur kerana selama ini,
kalau ada bunyi pun, suara-suara tersebut disenyapkan kerana
pemikiran feudal masih menebal di kalangan rakyat Malaysia, khususnya
orang UMNO. Penghinaan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir kepada
sebahagian besar rakyat Malaysia, sebenarnya menunjukkan sikapnya
yang bukan sahaja tidak reti mengenang budi, tetapi juga lupa bahawa
kedudukan, kekayaan dan kemewahannya tidak akan wujud tanpa
PENYALAHGUNAAN KUASA oleh bapanya menerusi kaedah paling licik yang
sudah tentu pada masa yang sama menimbulkan masalah kepada kerajaan
yang menggantikan bapanya untuk mengambil tindakan.
Sepatutnya
BRIM RM1200 itu tidak perlu dihina melainkan, Mukhriz Mahathir
mengarahkan OPCOM untuk memulangkan semula projek-projek pemonopolian
fiber optik TM kepada kerajaan semula bagi membolehkan persaingan
baru diwujudkan!
Tapi
beranikah Mukhriz yang sememangnya diketahui, tidak mempunyai
sebarang kebolehan melainkan sebagai ANAK BAPAK?
No comments:
Post a Comment