Tuesday, November 29, 2016

KDN & ROS Didesak Dedah Hasil Siasatan Penyelewengan Pemilihan DAP

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak mengumumkan hasil siasatannya terhadap DAP berhubung status terkini parti berkenaan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Nor yang dipetik AIDCNews berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap parti terbabit tanpa sebarang layanan istimewa jika didapati melanggar undang-undang.

Beliau merujuk kepada siasatan Jabatan Pendaftar, ROS, terhadap aduan bekas ahli DAP bahawa berlaku kepincangan dalam pemilihan parti pada tahun 2013, dan juga penubuhan cawangan parti terbabit.

Namun selepas tiga tahun, hasil siasatan masih belum didedahkan oleh ROS menyebabkan DAP terus berfungsi tanpa sebarang halangan.

Zulkifli merupakan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang turut bertanding merebut tempat 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan 15 Disember 2012, namun beliau tewas.

Semalam, AIDCNews mendedahkan pemilihan Ahli CEC DAP ke-16 pada 15 Dis 2012 diakui sendiri parti itu sebagai kesilapan teknikal melalui manipulasi pengiraan dalam komputer.

Pengakuan DAP tentang kesilapan teknikal pemilihan DAP 2012

Melalui sistem manipulasi itu, Zairil Khir Johari yang sepatutnya kalah telah dimenangkan dan Wu Him Ven (Vincent) yang sepatutnya menang salah seorang daripada daripada 20 anggota CEC telah dikalahkan.

DAP mengubah keputusan rasmi diumumkan pada 15 Dis 2012 yang mencatatkan Zairil Khir Johari tewas kepada menang pada 3 Januari 2013, iaitu kira-kira 19 hari selepas pemilihan tersebut

Akibat keputusan yang diubah secara teknikal itu, ROS telah mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula.

Dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013, keputusannya yang diumumkan parti itu hampir sama seperti pemilihan 15 Disember 2012, kecuali nama Zairil yang dimenangkan secara sah.

Walau bagaimanapun, sampai sekarang ROS tidak memaklumkan sama ada pemilihan semula DAP yang diadakan pada 2013 itu sah atau sebaliknya.

Mahathir Lupa Lagi!!!



Image result for mahathir sudah lupa


Saya ada terbaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang menyentuh tentang hutang kerajaan yang bertajuk "Najib Pinjam Lagi".

Walaupun siri tulisan Tun kali ini adalah ulangan dan kitar semula daripada tulisan beliau sebelum ini dan telah pun saya jawab, saya berazam selagi Tun menulis walaupun berulang-ulang tulisannya itu saya tetap akan menjawab tulisan Tun supaya tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya bulat-bulat dengan apa yang Tun tulis.

1. Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

Betul. Malaysia akan meminjam daripada China melalui Export-Import (EXIM) Bank sejumlah RM55 billion. Pinjaman mudah ini jika mengikut rekod pinjaman-pinjaman China melalui EXIM Bank kepada negara lain akan dikenakan kadar faedah sebanyak 2-3% untuk tempoh masa 20 tahun di mana untuk 7 tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada EXIM Bank. [1] [2]

Pinjaman daripada negara luar yang mengambil masa berdekad dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh 5-7 tahun pertama tanpa perlu membayar apa-apa adalah perkara biasa.

Di zaman Tun Mahathir sebagai PM, pada tahun 1994, kerajaan Malaysia meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion (RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese International Cooperation Agency (JICA) untuk membiayai sebahagian kos membina KLIA. [3]


 

Pinjaman bernilai 50.3 billion Yen ini adalah untuk tempoh 25 tahun dengan kadar faedah yang dikenakan sejumlah 3% dan 7 tahun pertama kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan Jepun.

Pinjaman ini masih lagi ditanggung oleh kerajaan melalui KLIA Berhad iaitu agensi yang meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015. [4]


 

Setakat 31 Disember 2015, kerajaan Malaysia masih menanggung RM320 juta hutang untuk pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun.

Ini tidak termasuk pinjaman lain daripada kerajaan luar untuk pelbagai projek-projek pembangunan seperti Projek Empangan Beris, Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sarawak, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dan pelbagai lagi projek yang mana Tun Mahathir mendapatkan bantuan kerajaan luar negara seperti tercatat dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Hutang-hutang puluhan tahun ini masih lagi ditanggung oleh pembayar cukai sekarang.

 

Hutang Kerajaan Persekutuan Daripada Kerajaan Luar: Jabatan Akauntan Negara

Pinjaman RM55 billion daripada China sekarang sememangnya besar berbanding pinjaman RM1.17 billion daripada Jepun pada tahun 1994.

Tetapi perbandingan dengan angka mutlak adalah tidak adil kerana sepatutnya apa-apa perbandingan angka kewangan dan ekonomi diambil kira secara relatif dan dalam kes ini jumlah pinjaman perlulah mengambil kira saiz ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1994 ekonomi Malaysia hanya bersaiz RM195 billion manakala pada tahun 2015 ekonomi Malaysia bersaiz RM1.15 trillion.

Adalah logik pinjaman untuk projek pembangunan dari luar akan menjadi semakin besar dari segi jumlah pinjaman mutlak kerana faktor inflasi tetapi tidak wajar sama sekali kita mengabaikan ekonomi negara yang sudah berkembang hampir 10 kali ganda sejak 20 tahun dahulu.

2. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

Betul.

3. Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

Tidak betul. Tun sepatutnya lebih peka dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB. 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang jangka pendek dan banknya selepas menjual syarikat kuasa EDRA kepada China General Nuclear awal tahun ini. [5]

1MDB sudah pun mengurangkan hutang lebih RM14 billion dan juga membayar balik sepenuhnya kemudahan kredit (standby credit) berjumlah RM950 juta yang diberi oleh kerajaan. [6]

Hutang yang masih tinggal adalah hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang yang masih dibayar 1MDB setiap tahun tanpa gagal.

Hari ini juga 1MDB baru sahaja membayar faedah berjumlah USD52.4 juta ke atas sukuk bernilai USD1.75 billion jadi tidak timbul isu 1MDB tidak mampu membiayai hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang.

4. Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

Betul.

5. Jumlah semua melebihi 160 billion.

Tolak angka kasar hutang 1MDB yang tidak tepat, betul jumlah pinjaman projek ECRL, HSR dan 1MDB melebihi RM100 billion.

Saya tak faham apa isunya di sini kerana hutang keseluruhan kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM643 billion setakat suku ketiga 2016 atau 52.2% daripada saiz ekonomi Malaysia [7]

 

Kerajaan Malaysia belum pernah gagal membayar hutang kepada pemiutang dan tidak pernah menyembunyikan jumlah hutang sebenar yang ditanggung mereka.

6.    Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

Saya tak mahu ulas panjang tentang "kerugian" penjualan EDRA kepada China. Jika dicampur dividen daripada EDRA kepada 1MDB sejumlah RM2 billion, 1MDB secara asasnya tidak untung dan tidak rugi di atas urusniaga pembelian aset-aset penjanakuasa.

Harga belian RM12.1 billion, harga jualan RM9.83 billion campur dengan dividen lebih kurang RM2 billion, pelaburan 1MDB di dalam EDRA boleh dikatakan pulang modal.

Bacaan lanjut boleh didapati di laman web 1MDB. [8]

 7.    Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.
8.    Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
9.    Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.    Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
11.    Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.
12.    Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.
13.    Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

Kemana RM55 billion akan pergi?

Ke 620KM landasan keretapi yang akan dibina.

Bukan kontraktor China sahaja yang akan mendapat manfaat daripada projek ECRL, tetapi syarikat-syarikat tempatan seperti MMC, Gamuda, Ahmad Zaki Resources, UEM Group, MRCB, YTL Corp, IJM dan WCT adalah yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej kerja yang akan ditawarkan dibawah projek ini. [9]

Kontraktor-kontraktor tempatan yang mendapat pakej kerja projek ECRL juga akan memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan terutamanya dalam bidang profesional seperti jurutera-jurutera tempatan.

Menteri Abdul Rahman Dahlan sudah pun mengesahkan bahawa RM55 billion kos projek ECRL ini adalah termasuk rolling stock dan bukannya berasingan seperti didakwa Tun. [10]

Tahun lepas terdapat 2.135 juta pekerja asing di Malaysia menurut data yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Tambahan beberapa ribu pekerja dari China bukanlah suatu angka yang menakutkan berbanding jumlah pekerja asing sedia ada di dalam Malaysia.

Malah sebelum China membawa masuk berpuluh ribu pekerja mereka untuk projek ECRL, aliran keluar wang daripada Malaysia ke luar negara dalam bentuk kiriman wang oleh pekerja asing ke negara mereka telah pun mencecah RM34 billion tahun lepas sahaja [12]

 

Aliran keluar wang disebabkan kiriman wang pekerja asing di Malaysia ke negara asal mereka sentiasa meningkat setiap tahun disebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia dan juga kenaikan gaji.

Jika benar pun berpuluh ribu pekerja China akan datang ke Malaysia dan mengirim wang ke negara asal mereka, saya tak nampak apa isunya kerana lebih 2 juta pekerja asing sedia ada sudahpun mengirim berpuluh billion Ringgit ke luar negara sebagai kiriman kepada keluarga mereka.

Dari segi pendapatan pelaburan pula, syarikat Malaysia yang melabur di luar negara akan menerima pendapatan dari operasi mereka di luar negara dan membawa pulang wang tersebut begitu juga sebaliknya syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia akan menjana pendapatan di dalam Malaysia dan membawa keluar wang tersebut dari Malaysia ke negara mereka.

Di dalam akaun semasa dalam imbangan pembayaran ada tercatat jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negara dan juga jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia:

 
Akaun Semasa, Imbangan Pembayaran: Jabatan Perangkaan Negara

Kredit (dalam kotak biru) bagi pendapatan pelaburan bermaksud pendapatan pelaburan syarikat Malaysia dari luar negara dan debit (dalam kotak merah) adalah pendapatan pelaburan syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia.

Pendapatan pelaburan bersih (kredit tolak debit) Malaysia sentiasa dalam keadaan defisit sejak berdekad yang lalu dengan erti kata yang lain syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia membawa keluar lebih banyak pendapatan dari Malaysia ke negara asal masing-masing berbanding syarikat-syarikat Malaysia yang membawa pulang pendapatan dari luar negara balik ke Malaysia:

Ini juga bermaksud lebih banyak wang pendapatan pelaburan mengalir keluar lebih daripada wang pendapatan mengalir masuk.

 
 Pendapatan Pelaburan Bersih Malaysia: EPU

Jika dibandingkan dengan saiz ekonomi negara, peratusan defisit pendapatan pelaburan Malaysia adalah lebih tinggi pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding di bawah zaman Dato' Sri Najib:

 
Defisit Pendapatan Pelaburan Malaysia 

Kebergantungan Malaysia kepada pelabur asing lebih tinggi 20-30 tahun lepas berbanding pada masa sekarang.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku setelah beratus billion wang mengalir keluar sejak berpuluh-puluh tahun dulu, kenapa sekarang isu ini ditimbulkan oleh Tun?


14.    Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?
15.    Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.
16.    Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.
17.    Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.
18.    Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

Pendapatan melalui jualan tiket penumpang dan muatan barangan sepatutnya hanya untuk menampung kos operasi ECRL dan bukannya keseluruhan kos termasuk kos kewangan, pembinaan dan kos modal seperti yang disebut Tun.

Kos kewangan akan dibiayai oleh kerajaan melalui kumpulan wang disatukan (consolidated fund) seperti mana projek-projek lain.

Limpahan ekonomi daripada projek ECRL akan menjana pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai, dan melalui pendapatan cukai inilah kerajaan akan menampung kos pembiayaan pinjaman ini.

Lupakah Tun Mahathir tentang LRT STAR dan PUTRA yang terpaksa diambiloleh kerajaan persekutuan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kerana menanggung beban hutang berjumlah RM5.5 billion pada tahun 2001?

Lupakah Tun bagaimana kerajaan persekutuan meminjamkan pinjaman mudah berjumlah RM300 juta kepada KL Monorail akibat kerugian beratus juta Ringgit?

Privatization in Malaysia: Regulation, Rent-Seeking and Policy Failure

 19.    Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Jika kerajaan tidak ada duit seperti didakwa Tun bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kakitangan kerajaan berjumlah RM70 billion tahun lepas? Bagaimana kerajaan membayar pencen pesara kakitangan awam berjumlah RM18.8 billion pada 2015? Bagaimana kerajaan menampung subsidi yuran universiti awam, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan pelbagai lagi perbelanjaan-perbelanjaan mengurus yang lain? [13]

Hutang luar negara kerajaan dihadkan kepada hanya RM35 billion pada suatu masa sahaja seperti tertakluk di bawah Akta PinjamanLuar Negeri (1963):

 
Laporan Kewangan Sektor Awam: Perbendaharaan Negara 


Ini konsisten dengan kenyataan menteri bahawa pinjaman daripada EXIM Bank China adalah dalam Ringgit dan juga Yuan sesuai dengan undang-undang negara.

Setakat suku ketiga 2016, hutang luar kerajaan persekutuan dalam matawang asing hanyalah berjumlah RM20.4 billion:

 
Hutang Luar Kerajaan Persekutuan Di Dalam Matawang Asing: BNM 

Risiko tukaran matawang asing kepada kewangan kerajaan sangat terhad dan hanya ke atas RM20.4 billion ini sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, sebahagian hutang luar kerajaan persekutuan sekarang adalah hutang warisan daripada kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir yang mana kita masih membayar hutang-hutang tersebut sehingga hari ini.

Hutang-hutang luar tersebut dipinjam dari Jepun, Perancis, Kanada dan Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk projek-projek pembangunan seperti tertera di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015:

 
Hutang Bilateral Kerajaan Persekutuan: Jabatan Akauntan Negara 


Hutang kerajaan dalam matawang Ringgit tidak akan terkesan langsung dengan pergerakan tukaran matawang asing.

Jadi tak perlulah Tun Mahathir menakutkan rakyat Malaysia tentang hutang luar negara kerajaan.

Tun tidak harus lupa pada tahun 1985 - 1986 semasa Tun memimpin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan pernah melebihi 100% daripada saiz ekonomi negara:

 
Nisbah Hutang Kerajaan Persekutuan Kepada KDNK Negara: EPU 


Di bawah Dato' Sri Najib hutang kerajaan persekutuan kekal di bawah paras 55% berbanding KDNK negara iaitu had yang dibenarkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Pendanaan Kerajaan (1983).

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku semasa hutang kerajaan persekutuan melebihi saiz ekonomi negara pada 30 tahun lepas, apakah masalahnya hutang kerajaan yang hanya berada pada paras 52.5% berbanding KDNK negara?

20.    Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Sama seperti rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban hutang pengambilalihan hutang Renong, LRT STAR dan PUTRA dan bermacam-macam hutang dalam dan luar negara yang terpaksa ditanggung sehingga sekarang.

Kenapa Tun lupa tentang hakikat bahawa kegagalan projek penswastaan Tun menyebabkan hutang swasta beralih menjadi beban hutang kerajaan?

Mungkin banyak di antara kita tidak sedar bahawa hutang-hutang berdekad dahulu yang dikumpul Tun Mahathir masih lagi dibayar oleh kerajaan sekarang.

Jarang kita dengar ada yang merungut mereka terpaksa membayar hutang-hutang warisan kerajaan di bawah Tun Mahathir ini kerana mereka tidak sedar akan fakta ini.

Yang hanya diulang-ulang adalah hutang 1MDB yang masih dibayar 1MDB sendiri dan tidak ada satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sampai satu masa Tun Mahathir, DAP, pembangkang yang lain perlu sedar bahawa 1MDB bukan segala-galanya yang berlaku di dalam negara kita.

Rujukan:
[1] Fresh loan from China's EXIM Bank to Sri Lanka

[2] The China Africa Research Initiative

[3] Kuala Lumpur International Airport Construction Project

[4] Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015

[5] Kenyataan Media 1MDB: Pembayaran Semula Hutang

[6] Kenyataan Media 1MDB: Pembayaran Penuh Standby Credit

[7] Economic and Financial Developments in the Malaysian Economy in the 3rd Quarter of 2016, BNM

[8] Sale of EDRA, Clarification by 1MDB

[9] Local firms to benefit from ECRL: NST

[10] Clarification to Tun Mahathir: Abdul Rahman Dahlan

[11] Jumlah pekerja asing di Malaysia mengikut negara asal: EPU

[12] Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2015: BNM

[13] Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek: BNM



Sunday, November 27, 2016

FELDA Rugi Berjuta Akibat Perancangan Dan Pelaksanaan Lemah

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 mendapati Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan beberapa projek.

KUALA LUMPUR: : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.

Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, syarat semua kontrak yang ditandatangani oleh FELDA dengan Bumitouch Sdn Bhd dan Skyline Access Sdn Bhd bagi perkhidmatan LiDAR tidak lengkap kerana tidak memasukkan perkara penting yang menjamin kepentingan FELDA.

Laporan itu yang disiarkan astroawani menyatakan semakan audit mendapati pembayaran sepenuhnya berjumlah RM40.57 juta telah dibuat terhadap 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch Sdn Bhd walaupun serahan LiDAR masih belum diterima sepenuhnya.

Menurutnya pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch mulai 2013 hingga 2015 telah dilaksanakan.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi LiDAR bagi tujuan penanaman semula tidak boleh dimulakan setelah serahan bagi tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 bagi kawasan berkenaan tidak diterima sepenuhnya.

LiDAR merupakan teknologi remote sensing yang mampu mengukur jarak antara dua objek atau sifat sesuatu sasaran dengan cara memancarkan cahaya pada sasaran tertentu dengan menggunakan laser. LiDAR dapat memberi maklumat yang tepat dan cepat antaranya bagi aplikasi topografi dan peta 3 dimensi bentuk muka bumi.

Bagi pelaksanaan Projek Inisiatif Jalur Lebar pula, yang melibatkan kos RM566 juta, laporan itu menyebut ia hanya selesai di peringkat penyediaan pelan tindakan pada kos RM40 juta.

"Projek rintis dan pelancaran penuh telah ditangguhkan oleh Lembaga Pengarah FELDA pada 29 Jan, 2015," katanya.

Kajian kemungkinan dan daya maju juga tidak dilaksanakan oleh FELDA sebelum projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen, bagi menentukan keperluan dan lokasi, keupayaan teknologi, yang menyebabkan agensi mengalami kerugian RM73.63 juta.

"Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan empat subsidiari dan syarikat-syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen," katanya.

FELDA Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan oleh penggantungan projek.

"Global Settlers Sdn Bhd membelanjakan RM8.4 juta bagi pembukaan lima Restoran Savaro tetapi semuanya ditutup setelah operasi antara dua hingga tiga tahun," katanya.

Menurut laporan itu, projek pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober 2015 dan RM6.39 juta dibelanjakan bagi pembayaran kontrak dan mesin pastri.

Audit Negara mencadangkan agar FELDA merancang perolehan dan pengurusan projek secara menyeluruh untuk memastikan pelaksanaan yang betul dan mengelakkan pembaziran.

Agensi itu juga telah diminta supaya menjalankan kajian kemungkinan dan daya maju sebelum membuat apa-apa pelaburan dan melaksanakan projek.

FELDA juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang.

Friday, November 25, 2016

Penguatkuasa Wanita Melayu Cuba Dicabul Cinabeng Di Tempat Awam

Barangkali teruja kerana Teresa Kok mendapat pembelaan paling hebat daripada Khalid Samad sehinggakan berlaku kekecohan di lobi Dewan Rakyat, atau barangkali juga BESAR KEPALA kerana mereka dilihat sangat kuat dan DAP pula sangat garang sehingga menakutkan sekalian rakyat Malaysia, sepasang lelaki perempuan bukan sahaja menghalang seorang petugas awam melaksanakan tugasnya, tetapi juga mencabul dan cubaan menyerang dan mengugut.

Klip video tersebut telah dimuatnaikkan oleh Netizen dan menjadi viral dalam tempoh yang singkat. Rata-rata menyatakan kemarahan dengan sikap biadap yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang awam tersebut.

Berlagak seolah-olah samseng, wanita Cina menarik baju pegawai penguatkuasa tersebut dan mengadu tangannya sakit setiap kali pegawai penguatkuasa tersebut cuba melepaskan diri, sekaligus mahu mewujudkan tanggapan kononnya dia telah diserang oleh pegawai berkenaan.

Manakala lelaki Cina yang berbadan besar pula melakukan provokasi yang lebih dahsyat bertujuan menimbulkan trauma. Jelas dilihat lelaki Cina yang lebih menonjol sebagai pengutip duit mesin judi haram atau macai-macai along telah menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.

Pasangan tersebut bukan sahaja melakukan kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan tetapi juga melakukan kesalahan mencabulo dan menyerang.

Adakah Azmin Ali akan menuruti jejak Lim Guan Eng yang menghina penjawat awam Melayu dengan mencampakkan wang saguhati berjumlah RM200?

Atau adakah Khalid Samad akan memanggil lelaki dan wanita pendek Cina itu dengan gelaran SIAL sebagaimana yang dilakukannya terhadap Tajuddin Abdul Rahman dalam cubaan membela Teresa Kok?

Atau pun kedua-dua pegawai penguatkuasa tersebut akan dibiarkan begitu sahaja kerana nilai mereka terlalu kecil memandangkan mereka adalah MELAYU?

Baca seterusnya The Saviour

Thursday, November 24, 2016

Air Longkang Bagi Rakyat; Tan Sri Wan Azmi, Azmin Sapu Billion!!!



Rakyat bagai dilongkangkan dengan masaalah air yang berterusan kerana ketamakan dan kerakusan hipokrit-hipokrit PKR.


Sebelum ini rakyat didedahkan dengan proksi Zuraidah, Adam Rosly. Ada pula proksi Azmin bernama Hilal Idham


Bagi yang tahu dan faham, masaalah air ini membuat rakyat bagai diliwat.

Ingat kes SPLASH?



Dalangnya Azmin, Tan Sri Wan Azmi dan ramai lagi. Zuraidah adalah terlibat.

Baca kisah-kisahnya di

http://captainmgs.blogspot.my/2016/11/gamuda-berbohong-kepada-rakyat-azmin.html

http://captainmgs.blogspot.my/2016/12/rahsia-azmin-terbongkar-lagi-pegawai.html



Kesian rakyat Selangor!


Wednesday, November 23, 2016

ADUN DAP Persoal Lim Guan Eng Dituduh Rasuah Masih Memegang Jawatan Ketua Menteri

A DAP assemblyman today questioned why the Penang government was allowing Lim Guan Eng to continue as chief minister of the state despite the latter facing corruption charges.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) said the right thing to do was to ask him to go on temporary leave pending the outcome of his trial.

He said this when debating the state’s 2017 Budget in the State Assembly.

Lim is facing corruption charges pertaining to purchase of a bungalow at below market price and a land deal.

Meanwhile, Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) when debating the budget lambasted the state Public Accounts Committee for not including recommendations made by the BN assemblymen in it and even from PKR, a partner in the DAP-led Penang government, on the undersea tunnel project to link the island with the mainland as well as three highway projects mooted for the state.

The PAC report on the controversial projects was tabled at the current sitting of the state assembly after having been postponed twice.

The assembly sits again tomorrow. — Bernama

Kenali Siapa Maria Chin BERSIH Ditangkap Bawah SOSMA

KENALI SIAPA MARIA CHIN BERSIH DITANGKAP BAWAH SOSMA

Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR...

Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..

ResearchUCCmsia

Sunday, November 20, 2016

Maria Kena SOSMA, Zuraidah Kena Tangkap Manakala Para Peguam Pakatan Mula Tunjuk Taring Di Tweeter!!!

Penangkapan terbaharu membabitkan Zuraidah Kamaruddin dan Tian Chua, membuatkan para peguam PKR dan DAP jadi tidak tentu arah. 

Ambiga sudah pun berazam untuk membebaskan Maria Chin dengan sebarang cara. Maria Chin telah ditahan di bawah SOSMA bagi tuduhan menerima dana asing untuk mencetuskan rusuhan dan menggulingkan kerajaan. 

Dan sepatutnya Ambiga juga turut dikenakan tuduhan yang sama kerana dia dan Maria Chin seringkali seganding.

Antara yang dilihat sibuk dengan penangkapan dan penahanan ini adalah Latheefa Koya dan kepimpinan PKR. 

Mereka turut mempersoalkan tentang tiadanya penangkapan ke atas Merah walaupun hakikatnya, beberapa orang pemimpin Gerakan Baju Merah termasuklah Armand Azha dan Jamal Mohd Yunos telah ditangkap dan ditahan.

Lawyers for Liberty (LFL) juga dilihat menonjolkan kehebatan mereka dengan mengecam semua prosedur dan protokol penahanan termasuklah penglokapan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP serta BERSIH itu. 

Menurut laporan The Saviour, di blog dan FB, mungkin ianya tidak meriah dan 'kacau'. Tetapi gambaran sebenar boleh dilihat di Twitter. Posting-posting berunsur hasutan juga dilihat lebih banyak dibuat di Twitter.

Malaysia diperlihatkan kepada dunia sebagai sebuah negara yang sedang mengalami kekacauan, menghampiri zaman Pol Pot yang mengarahkan keseluruhan rakyatnya ke persawahan rakyat yang akhirnya bertukar menjadi Killing Field menerusi Twitter.

Hebat puak-puak ni!

Dan lebih menarik lagi ialah, mereka adalah peguam yang tidak ada tolak ansur dalam bab-bab yuran dan fi perkhidmatan mereka!

PPBM Punca Bersih 5 Gagal, Dalam Masa 9 Jam Cuma 15,500 Peserta

BAYANGKAN lebih 200,000 umat Islam tunjuk perasaan protes terhadap Gabenor Jakarta di ibu kota Indonesia itu pada 4 November lalu kerana hina al-Quran dalam demonstrasi hampir 20 jam.

Begitu juga kira-kira 100,000 rakyat Korea Selatan berkumpul padat di pusat bandar raya Seoul sebagai membantah skandal amalan penyelewengan presiden negara ‘kimchi’ itu dalam himpunan sepanjang hari 12 November lalu.

Itu cerita di luar negara namun di ibu kota Malaysia, hanya 15,500 orang menyertai perhimpunan haram Bersih 5 pada 19 November dan berlangsung cuma sembilan jam waima ‘dicanangkan’ ke seluruh dunia sejak tiga bulan lalu.

Angka rasmi itu disahkan pihak polis Kuala Lumpur hasil pemantauan rapi dengan mengambil kira waktu puncak demonstrasi berlangsung iaitu pukul 2.30 petang susulan kehadiran secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Manakala lawan Baju Kuning yang disebut juga sebagai gerakan Baju Merah pula jauh lebih kecil dengan pihak polis menganggarkan hanya disertai kira-kira 2,500 orang pada masa kemuncak iaitu selepas selesai solat fardu Zohor.

Memetik laporan Mynewshub, itulah angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa yang lazim menjadi rujukan kebanyakan organisasi media tempatan dan antarabangsa jika berlaku sebarang acara keramaian melibatkan penyertaan jumlah peserta agak tinggi.

Ironi, portal berita propembangkang pula membuat angka yang jauh lebih tinggi iaitu 30,000 orang, dan itupun diuar-uarkan ke seantero dunia seolah-olah kerajaan Malaysia sudah pun habis ‘tumbang’ kepada pembangkang!

Untuk rekod, tahun lalu ketika berlangsung Bersih 4 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos, portal itu lebih dahsyat apabila gah melaporkan seramai 500,000 peserta menyertai perhimpunan tanpa permit tersebut.

Ia bukan sahaja kelakar, malah ketika media arus perdana menganggarkan kira-kira 20,000 peserta sahaja terlibat, portal antikerajaan itu pula ‘tongkah arus’ dengan dakwa Bersih 4 konon disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Lucunya, sewaktu Himpunan Rakyat Bersatu pada Hari Malaysia tahun lalu yang diadakan susulan demonstrasi Bersih 4, portal itu ‘bijak’ mengatur ayat: “hanya 200,000 orang menyertai perhimpunan anjuran Baju Merah.”

Malangnya, kali ini di sebalik boikot berterusan PAS, Bersih 5 betul-betul boleh dianggap gagal teruk selepas ditolak faktor hujan lebat, penahanan beberapa aktivis Bersih dan perarakan Baju Merah serentak di kawasan berbeza.

Jelaslah, perhimpunan haram yang secara nyata disertai PPBM diterajui Mahathir buat kali pertama membuktikan tahap pengaruh parti kecil itu tidaklah sehebat mana pun dan sebenarnya amat lemah menarik ramai peserta.

Bayangkan bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang, PPBM terpaksa mengharapkan ‘belas ihsan’ penyokong totok DAP yang majoritinya etnik Cina untuk hadir memeriahkan Bersih 5 di sebalik menyusahkan aktiviti warga kota.

Dengan kehadiran ramai nama besar dari Pakatan Harapan diketuai DAP selain sekutunya PKR dan PAN, Bersih 5 ternyata sekadar ‘tin kosong’ pihak pembangkang yang berselindung di sebalik isu konon tuntutan pilihan raya adil.

PPBM rupa-rupanya tidak dapat sokongan rakyat, hatta bukanlah memiliki ramai penyokong sebagai mana PAS mampu menjayakan siri Bersih 1, 2 dan 3 sebelum memulaukan Bersih 4 pada tahun lalu.

RANGKUMAN LAPORAN PERHIMPUNAN BERSIH 5/BAJU MERAH HARI INI 5PM [19 NOV 2... https://youtu.be/H2DuD4ZVrBM via @YouTube]

Mahathir Hijack BERSIH 5.0 Sebagai Miliknya Dan Mukhriz!!!

Nak harapkan ahli Cap Bunga yang kononnya akan turun lebih 3000, atau terpesona dengan sembang-sembang mereka di media sosial tentang BERSIH yang buat kali pertama mereka sertai setelah keluar atau dipecat dari UMNO, memang tak adalah...

PAN yang sentiasa bercakap besar kononnya lebih hebat dari PAS pun, tidak mampu menerbitkan barisan pendemonstran tegar yang sanggup berhujan berpanas, malah boleh membentuk pagar yang kukuh.

Kalau ramai Melayu yang hadir pun bagi pihak Kuning, mereka adalah geng-geng PKR tegar yang memang tidak akan melepaskan peluang untuk berdemonstrasi walaupun geng-geng Otai Reformasi 98 sudah tidak lagi terbabit, bahkan telah diketepikan langsung biarpun banyak berjasa kepada PKR ketika parti itu masih 'miskin' dan 'papa kedana'.

Selebihnya adalah pengikut dan ahli-ahli DAP.

Terselit juga segelintir ahli UMNO, malah yang turut memegang jawatan dalam UMNO Bahagian yang menyokong BERSIH sepertimana yang diperakui oleh seorang 'orang nombor dua' di satu Bahagian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selepas polis menjalankan operasi semalam ke atas Maria Chin serta beberapa orang pemimpin BERSIH termasuklah pemimpin DAP yang terlibat secara langsung dengan BERSIH 5.0, hampir kesemua pemimpin DAP tidak turun ke lapangan. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang selama ini cukup berlagak seolah-olah mereka sangat berani, hari ini diam menikus tetapi bersorak di hadapan komputer menonton siaran secara langsung yang dibawa oleh beberapa portal termasuklah Malaysiakini.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin PKR seperti Nurul Izzah yang selalunya tidak pernah melepaskan peluang untuk berucap dan mengingatkan para peserta BERSIH yang PAPA JAHATNYA masih di dalam penjara dan meminta mereka berjuang untuk membebaskan PAPA JAHATnya. Baik Nurul Izzah mahupun ibunya yang merupakan Presiden PKR, kelibat dan batang hidung mereka tidak kelihatan langsung.

Hanya lewat petang, Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden serta AJK Cap Bunga, muncul di Bangsar dan terus MERAMPAS BERSIH 5.0 untuk  mereka.

Ahli-ahli BERSIH 5.0 yang berarak dari pagi, ada yang meluahkan perasaan jijik dengan perbuatan Mahathir dan juak-juaknya, tiba-tiba sahaja muncul dan kemudian menjadikan BERSIH 5.0 sebagai hak milik mereka.

Itulah yang dinamakan POTONG TANG KONA!

Dan ciri-ciri Mahathir yang BERKULIT MUKA TEBAL, terserlah pada petang tadi... sama seperti dia tidak rasa bersalah langsung melakukan pembohongan dan melonjakkan dirinya sebagai manusia suci dengan menyalahkan orang lain!

Baca seterusnya the Saviour

Saturday, November 19, 2016

Fuhh!!! Hishamuddin Rais Ditangkap Dan Menangis Dalam Kereta Polis

Jam 10:30 pagi tadi, Hishamuddin Rais, si pengecut yang selalunya berjaya melarikan diri setiap kali polis membuat penguatkuasaan, tidak menjangkakan, dia akan tertangkap lebih awal. Jangkaannya bahawa polis hanya bertindak sebelah petang, ternyata meleset.

Ketika dia selesai berucap di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemuja, Bangsar, enam orang anggota polis berpakaian biasa telah merapatinya dan menahannya. Ketika itu, Hisham sedang cuba mengeluarkan garam dan sapu tangan dari sebuah kereta.

Sebelum diheret masuk ke kereta polis, sempat lagi Hisham sampaikan pesan agar 'para peminatnya' meneruskan 'perjuangan' sepeninggalannya. Berlagak berani sebab banyak mata yang memerhati dan kawan-kawan di sekelilingnya, merupakan sifat semulajadi Hishamuddin Rais.

Tetapi di dalam kereta polis, lain pula ceritanya.

Diapit oleh dua orang anggota polis, Hishamuddin Rais yang cukup terkenal dengan sifat mudah gelabah, menggeletar teruk. Malah, dia meminta izin daripada anggota-anggota polis yang menggiringnya supaya membenarkan dia buang air kecil.

Dan suaranya pula tidak ubah seperti pondan tua yang terlupa makan hormon... terketar-ketar dan hampir menangis.

Itulah orang yang melarikan diri ke negara asing pada tahun 1974 dahulu hanya kerana dia mendengar cerita, yang kononnya dia hendak ditangkap dan disumbat masuk ke Kamunting di bawah ISA sehinggakan pengajiannya di Universiti Malaya terkandas di tengah jalan, manakala ideologi Marxisme Sosialis yang dianutnya semakin lama semakin kabur dan dia sendiri keliru.

Teruskan Bacaan Di Buletin 247

Tuesday, November 15, 2016

Rumah Harga Berjuta Tapi Pakai Letrik dan Air Curi?

Adam Rosly sudah pun memberi alasan bagaimana dia menjadi kaya dan mampu membeli rumah berharga mewah. Walaupun dia tidak menjelaskan tentang usaha atau punca kewangannya, tetapi kata-katanya bahawa sekarang ini, ramai anak muda yang sudah kaya dan mampu membeli rumah berharga sejuta ringgit, barangkali sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Walhal pada masa yang sama, Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pula menyelar kerajaan kerana tidak mengekang kenaikan harga kerana menurutnya, harga hartanah itu menyebabkan ramai anak muda yang tidak mampu membeli rumah kediaman.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan mengapa berlaku percanggahan sebegitu rupa?

Adakah Adam Rosly merupakan seorang anak muda (berusia 28 tahun) yang mempunyai keistimewaan yang hebat sehingga membolehkan dia memiliki kediaman mewah yang dikelilingi oleh rumah-rumah marhein?

"Harganya sejuta... saya bid (bida)... tanah ini terletak di Ampang. Rugilah kalau saya tak rebut peluang ni," kata Adam Rosly.

Yang dipersoalkan, bagaimana seorang anak muda yang tinggal di kawasan setinggan Kampung Berembang sebelum berpindah ke PPRT Berembang, tiba-tiba sahaja dalam tempoh yang sangat singkat membolehkan dia memiliki rumah mewah berharga mahal? Sedangkan pada masa yang sama, ramai anak muda yang sangat marah apabila rata-rata rumah baru yang hendak dibeli adalah lebih RM400 ribu, bukan RM1 juta pun?

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila rumah mewah tersebut menggunakan API DAN BEKALAN AIR CURI!!!

Takkan rumah berharga lebih sejuta dengan kereta-kereta mewah bersusun boleh dibeli tetapi bekalan elektrik dan air, dicuri?

Sengal Berita

Wednesday, November 9, 2016

Alasan Utama Banjir Di Pulau Pinang Adalah Kerajaan Pusat?

2 bulan setengah lalu, The Star  membuat pendedahan tentang satu kawasan besar di puncak bukit yang telah ditarah dan dibersihkan berhsampiran beberapa buah kampung di Teluk Bahang. Dua hari lepas, kawasan yang terletak di bawah kawasan yang ditarah dan dibersihkan itu, mengalami masalah yang paling teruk sedangkan kawasan-kawasan tersebut tidak pernah ditenggelami banjir sebelum ini. 

Bagaimanapun, Chow Kon Yeow yang telah dinamakan sebagai bakal Ketua a Pulau Pinang menggantikan Guan Eng apabila ditanya tentang pendedahan tersebut mengatakan, ia hanyalah 'satu pergerakan kecil', menurut tulisan The Saviour.

Seorang lagi Exco Pulau Pinang yang terkenal dengan skandal samsengnya, Phee Boon Poh pula menyalahkan SUPERMOON sebagai penyebab banjir. 

Chow Kon Yeow ketika dihubungi oleh The Heat Malaysia hanya memberi reaksi, Ketua Menteri telah pun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Maka timbullah persoalan, adakah DAP menganggap Lim Guan Eng itu sebagai seorang Saviour yang boleh menghalau banjir dalam sekelip mata dengan hanya melawat kawasan-kawasan terjejas?

Sementara itu, satu sumber PBT pula berkata, sesiapa pun boleh tahu dan membuat kesimpulan kepada penyebab banjir yang berlaku dengan hanya melihat keadaan air banjir. 

"Sekiranya anda melihat gambar-gambar banjir itu, warna air itu sudah dapat memberitahu apakah penyebab banjir tersebut. Saya tinggal di Teluk Bahang selama lebih 30 tahun dan kami tidak pernah mendengar atau melihat kawasan tersebut dilanda banjir. 

"Terdapat banyak projek yang diadakan di kawasan bukit Teluk Bahang dan apabila pembersihan dan penarahan berlaku secara besar-besaran, apakah yang berlaku seterusnya?"

Menurutnya lagi, sekiranya seseorang berjalan tanpa kasut di kawasan tersebut, warna selut juga sudah cukup untuk memberitahu wujudnya pembangunan secara berlebihan di kawasan tersebut. Katanya lagi, semua ini berlaku apabila terlalu banyak kuasa diberikan kepada seorang pemimpin dan tiada sesiapa pun dibenarkan berkata 'TIDAK'. 

Ironinya, DAP turut menyalahkan 'kelambatan' Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk projek mitigasi sebagai salah satu puncanya walaupun pada masa yang sama, DAP Pulau Pinang hanya berjaya menyelesaikan kerja mereka pada April lepas sekaligus peruntukan tersebut hanya boleh diperolehi pada Bajet tahun hadapan. 

Begitu juga, ketika pembentangan bajet dilakukan, DAP keluar dari Dewan Rakyat dan pada pengundian pula, wakil-wakil DAP mengundi untuk menentang. Sekaligus memberi isyarat, mereka tidak memerlukan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat kerana tidak bersetuju dengan peruntukan-peruntukan dalam Bajet termasuklah untuk golongan miskin dan PBT.

Tetapi apabila mereka sedang berhadapan dengan masalah, peruntukan yang mereka tentang itulah juga yang ditagih dan dituntut walaupun masanya belum lagi sampai.

Mujurlah, RM150 juta telah pun diluluskan untuk tujuan mitigasi di Pulau Pinang yang sudah pasti akan diperakui oleh Lim Guan Eng sebagai DUIT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sepertimana yang dilakukannya ketika memberikan publisiti kononnya DAP Pulau Pinang menghargai sekolah-sekolah tahfiz dan SAR dengan memberikan bantuan walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk sekolah-sekolah berkenaan.

Donald Trump Menang Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Tetapi Najib Lebih Awal Beralih Kepada China

Secara tiba-tiba, pilihanraya Presiden Amerika Syarikat mendapat perhatian utama daripada pengguna media sosial di Malaysia. Dan seperti yang diketahui, kebanyakan rakyat Malaysia amat peduli dengan politik, tak kiralah apa jenis politik sekalipun termasuklah yang berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Kebimbangan dengan presidens Donald Trump menyaksikan pasaran saham utama di Amerika Syarikat, NASDAQ dan Wall Street menjunam. Pasaran hadapan S&P 500 menjunam 5% sekaligus tidak membolehkan sebarang urusniaga dijalankan pada tahap yang lebih rendah sehinggalah waktu urusniaga saham Amerika Syarikat kembali beroperasi pada hari ini.

The Saviour dalam ulasannya berkata Amerika Syarikat berhadapan dengan pelbagai masalah akibat ketidaktentuan ekonomi global. Walaupun di Malaysia, segelintir manusia yang terpengaruh dengan ketinggian nilai Dolar Amerika Syarikat berbanding Ringgit, di Amerika Syarikat sendiri, kadar pengangguran pula telah meningkat sepanjang 8 tahun ini dan kadar inflasi juga melonjak menjadikan kuasa beli di kalangan rakyat Amerika Syarikat, jatuh.

Trump hanya perlu menggunakan isu dan sentimen yang berkaitan dengan nasionalis untuk menang. Isu-isu yang dibangkitkan dan digunakan untuk menang sebagai Presiden Amerika Syarikat sudah tentu tidak akan menyenangkan banyak negara kerana ia turut membabitkan dasar luar Amerika Syarikat, apatah lagi, Amerika Syarikat sendiri sedang bergelut untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan daripada China.

Ikrarnya bahawa tarif barangan yang diimport masuk ke Amerika Syarikat akan dinaikkan menjadi 35% pasti akan membuatkan negara-negara yang bergantung kepada pasaran di Amerika Syarikat, mengeluh. Apa yang dilakukan oleh Trump sebenarnya adalah untuk melindungi produk-produk dalam negeri agar kekal bersaing di pasaran pada harga tinggi.

Ramai yang menjangkakan kemenangan Trump berbanding Clinton yang bermula di atas talam perak dari awal lagi. Clinton merupakan bekas Wanita Pertama, Senator Amerika Syarikat dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Ketidakpuasan hati rakyat Amerika Syarikat terhadap pentadbiran Demokrat yang gagal menjadikan rakyat Amerika Syarikat kuasa unggul dalam ekonomi, apatah lagi kadar kemiskinan yang semakin tinggi sehingga memaksa pergantungan Amerika Syarikat kepada ketenteraan dan senjata sebagai pasaran ekonomi utamanya, membuatnya individu seperti Trump yang menjanjikan perkara-perkara pokok seperti masalah pekerjaan, pendatang asing, cukai korporat dan sebagainya, akan lebih dipandang tinggi dan diharapkan.

Malaysia di bawah Najib, ternyata bertindak lebih jauh ke hadapan apabila mengurangkan pergantungan pelaburan daripada Amerika Syarikat yang semakin menyusut setiap tahun. Sebaliknya, negara yang dianggap musuh tetapi sekarang ini menguasai banyak pelaburan di Amerika Syarikat, menjadi destinasi utama Najib sehinggalah dalam rombong dagangannya yang terbaru, Najib berjaya mengutip lebih RM144 bilion dalam bentuk MOU, pelaburan kepakaran dan sebagainya sehinggakan para penyokong SOROS dan CLINTON mula menghebahkan cerita kononnya, Najib menggadaikan Malaysia kepada China.

Siapa pun yang menang di Amerika Syarikat, tidak banyak memberikan kesan kepada Malaysia apabila Najib mengalihkan destinasi daripada Amerika Syarikat ke China. Malahan pada masa yang sama, strategi dalam persengketaan Selat Melaka dan Laut China Selatan, menjadikan Malaysia lebih selamat apabila kedua-dua kuasa besar itu menjadi rakan Malaysia.