Tuesday, November 15, 2016

Rumah Harga Berjuta Tapi Pakai Letrik dan Air Curi?

Adam Rosly sudah pun memberi alasan bagaimana dia menjadi kaya dan mampu membeli rumah berharga mewah. Walaupun dia tidak menjelaskan tentang usaha atau punca kewangannya, tetapi kata-katanya bahawa sekarang ini, ramai anak muda yang sudah kaya dan mampu membeli rumah berharga sejuta ringgit, barangkali sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya.

Walhal pada masa yang sama, Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pula menyelar kerajaan kerana tidak mengekang kenaikan harga kerana menurutnya, harga hartanah itu menyebabkan ramai anak muda yang tidak mampu membeli rumah kediaman.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku dan mengapa berlaku percanggahan sebegitu rupa?

Adakah Adam Rosly merupakan seorang anak muda (berusia 28 tahun) yang mempunyai keistimewaan yang hebat sehingga membolehkan dia memiliki kediaman mewah yang dikelilingi oleh rumah-rumah marhein?

"Harganya sejuta... saya bid (bida)... tanah ini terletak di Ampang. Rugilah kalau saya tak rebut peluang ni," kata Adam Rosly.

Yang dipersoalkan, bagaimana seorang anak muda yang tinggal di kawasan setinggan Kampung Berembang sebelum berpindah ke PPRT Berembang, tiba-tiba sahaja dalam tempoh yang sangat singkat membolehkan dia memiliki rumah mewah berharga mahal? Sedangkan pada masa yang sama, ramai anak muda yang sangat marah apabila rata-rata rumah baru yang hendak dibeli adalah lebih RM400 ribu, bukan RM1 juta pun?

Dan yang lebih menarik lagi ialah apabila rumah mewah tersebut menggunakan API DAN BEKALAN AIR CURI!!!

Takkan rumah berharga lebih sejuta dengan kereta-kereta mewah bersusun boleh dibeli tetapi bekalan elektrik dan air, dicuri?

Sengal Berita

2 comments:

  1. Jangan la had bangangggg... G report polis ke... Sprm ke... Menyalak dlm blog bukan jadi kudis kat dia pun.

    ReplyDelete
  2. Tak payah menyalak dlm blog. Pergi buat report la.

    ReplyDelete