Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini menyatakan bahawa Lim Kiat Siang masih belum membuat Akuan Berkanun (SD) dengan jelas dan tegas menafikan tuduhan Tunku Abdul Aziz bahawa Kit Siang telah membuat perjanjian sulit bersama Mahathir Mohamad bersetuju dengan perlantikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum akan datang.
"Sebagai balasan dalam persefahaman tersebut, Lim Kit Siang akan dilantik menjadi TimbalanMahathir Perdana Menteri (TPM) dan menteri Kewangan".
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata demikian pada sidang akhbar hari ini, 31 Januari 2017 di Eastin Hotel, Petaling Jaya.
"Walaupun Mahathir telah mengesahkan persefahaman tersebut tetapi Kit Siang masih mendiamkan diri sebaliknya menggunakan anak beliau (Lim Guan Eng) untuk menyanggah kenyataan Mahathir."
Menurut beliau, satu-satunya cara yang Kit Siang boleh membersihkan anggapan mengenai perkara berkenaan adalah untuk dia membuat SD yang menyatakan dengan terma jelas, tegas bahawa apa yang saya pernah dedahkan mengenai persefahaman sulit antara dirinya dan Mahathir adalah satu rekaan semata atau dalam bahasa mudahnya adalah satu pembohongan.
"Kit Siang telah cuba untuk mengelak daripada tanggungjawab moral beliau untuk membersihkan diri dengan mengatakan bahawa saya mencabar beliau untuk membuat SD adalah gimik politik murahan."
Keengganan Kit Siang untuk membuat SD seperti yang di minta menurut Tunku Aziz adalah demi kepentingan kebenaran dan untuk kebaikan bersama supaya rakyat Malaysia boleh memahami; beliau takut bahawa jika Melayu tahu apa niat yang sebenarnya, mereka akan kehilangan sokongan dalam pilihan raya terhadap PH, menyebabkan kehadiran DAP tidak dapat dipertahankan.
"Pendek kata, Kit Siang perlu diikat secara halus untuk menjaga Mahathir supaya kelihatan baik. Mahathir telah mengikat sayap politik Kit Siang."
"Sebagai bukti, Kit Siang, yang dahulu lantang bersuara sebaliknya mendiamkan diri berkaitan pendedahan skandal BMF (Bumiputera Malaysia Finance Ltd) dan perjudian FOREX yang dikaitkan dengan pentadbiran Mahathir."
Beliau juga melahirkan rasa terkejut, bahawa orang yang pernah lantang dan marah terhadap BMF - Skandal Carrian dan menerbitkan dua buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dan pada tahun 1986 mengecam Mahathir, kini senyap seolah-olah dia telah kehilangan taring. banyak pengkritik beliau percaya Kit Siang telah "dibeli".
"Kit Siang telah membuktikan bahawa disebalik kononnya beliau seorang ahli politik yang berintergriti sebenarnya beliau adakah seorang mementingkan diri dan oportunis."
"Tunku Aziz juga menggesa Kit Siang, demi ketelusan dan akauntabiliti, supaya membuat yang SD dan mengisytiharkan tetap berdiri teguh terhadap skandal kewangan dikaitkan dengan Mahathir 22 tahun pentadbiran."
Sumber
No comments:
Post a Comment