Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?
Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?
Jadi
ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco
menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing
untuk melabur di Malaysia?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
“Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).
“Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.http://m.malaysiakini.com/news/370917
* Untuk
rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi
ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Lawatan
rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970
dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun
2006.
[ Baca berita asal ]
No comments:
Post a Comment