Projek
Kroni Tun Mahathir: RM5.3 Billion! Diserahkan Kepada ERL Sdn Bhd
Melalui Projek Mega Kerajaan Tahun 1997 EXPRESS LINK RAILWAYS (ERL).
■
Pembinaan
ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya pada 2002. Projek ERL
membabitkan kos RM2.4 bilion menghubungkan Terminal Udara Kuala
Lumpur (KLCAT) di KL Sentral, Brickfields sejauh 57.6km ke KLIA.
Terdapat 2 perkhidmatan ERL diperkenalkan kepada orang ramai iaitu
Ekspres KLIA untuk perkhidmatan terus dan Transit KLIA untuk
perkhidmatan henti2 membabitkan 3 hentian iaitu Bandar Tasik Selatan,
Putrajaya dan Salak Tinggi.
■
Pada
25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun
kepada Konsesi ERL Sdn Bhd mengikut pegangan saham YTL 40%, Tabung
Haji 40% dan Abrar Corp (Mun Loong Bhd) 20%. Syarikat2 terbabit
terikat dengan konsep terma kontrak ‘Pembiayaan Inisiatif Swasta
(PFI)’ di mana syarikat2 tersebut perlu membiayai, membina,
mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung
KL- KLIA.
■
Konsesi
ERL Sdn Bhd telah melantik Syarikat Pembinaan YTL sebagai kontraktor
utama bagi projek pembinaan ERL, manakala Tabung Haji dan Bank
Persatuan mengeluarkan modal untuk kerja2 pembinaan.
■
Selepas
tahun 1998, pegangan saham yang dimiliki oleh Abrar Corp telah dijual
kepada YTL dan
Trisilco Equity (merupakan syarikat milik penuh bekas CEO Proton Nadzmi Salleh. Pada tahun 1999, pegangan saham dalam ERL telah berubah, di mana saham YTL adalah 50%, Tabung Haji 40% dan Nadzmi Salleh 10%.
Trisilco Equity (merupakan syarikat milik penuh bekas CEO Proton Nadzmi Salleh. Pada tahun 1999, pegangan saham dalam ERL telah berubah, di mana saham YTL adalah 50%, Tabung Haji 40% dan Nadzmi Salleh 10%.
■
Dari
nilai pegangan saham, Maka JELAS! Lagi terang lagikan bersuluh,
Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir telah menyerahkan
PROJEK MEGA KERAJAAN kepada kroninya YTL CORPORATION BHD.
■
YTL
menjana pendapatan dengan tidak mengeluarkan modal wang pelaburan
awal kerana ianya dibayar sepenuhnya oleh pihak lain. Modal berbayar
bagi projek ERL hanyalah RM69 juta, termasuk RM30 juta saham biasa
dan baki RM39 juta saham utama berasaskan dividen. Manakala modal
selebihnya ditanggung oleh Tabung Haji dan Bank Persatuan.
■
Selama
22 tahun Tun Dr Mahathir berkuasa, KDNK negara mengunjur perlahan
dari USD25 kepada USD90 bilion. Walau bagaimana pun, antara 2003
sehingga 2015 setelah Pak Lah dan DS Najib menjadi Perdana Menteri,
KDNK negara meningkat kepada USD340 bilion.
■
Pertikaian
yang ditimbulkan semula di dalam projek ERL adalah apabila di dapati
isi kandungan perjanjian yang dimenterai jelas berat sebelah. Ianya
menyebelahi secara melampau pihak konsesi, sedangkan kerajaan
terpaksa menanggung beban dari segi reputasi kewangan, terjejasnya
nama baik kerajaan dan kadar tambang membebankan rakyat sebagai
pengguna.
■
Setelah
disemak dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat
YTL, didapati ianya ditandatangani oleh abang kepada Siti Hasmah Ali
(Isteri Tun Mahathir) iaitu Dato Hj. Ahmad Razali bin Mohd Ali yang
merupakan Executive Chairman di dalam Express Rail Link Sdn Bhd yang
mewakili YTL. Dan Perdana Menteri pada ketika itu adalah Tun Dr
Mahathir. Persoalan: Pada perjanjian tersebut, Perdana Menteri ketika
itu menyebelahi siapa, RAKYAT atau KRONI/NEPOTISM?.
■
Satu
surat rasmi berkenaan operasi ERL yang dibenarkan membuat kutipan
cukai perkhidmatan telah didedahkan. Ianya diinterpretasikan sebagai
arahan kuasa veto Perdana Menteri Malaysia waktu itu. Surat tersebut
merujuk kepada surat dari MAB (Malaysia Airport Bhd) bil rujukan:
MAB/HQ/ R&P/697 bertarikh 18hb Ogos 1997 merupakan surat
pandangan pihak MAB berkenaan ‘check in’ dan ‘check out’ di
KL Central. Dan Surat tersebut bernombor rujukan (76)UPE(S)65/3/5
dari Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 21hb
Ogos 1997, merupakan surat makluman kepada jemaah Menteri tentang
‘Passenger Service Charge’ dalam perjanjian konsesi yang
membenarkan;
1. Express Rail Link Sdn Bhd mengenakan cukai perkhidmatan RM1 untuk penumpang kapalterbang domestik dan RM3 untuk penumpang antarabangsa.
2. Membenarkan kadar ‘escalation sebanyak 10% setiap 5 tahun.
3. Kutipan adalah bermula setelah perkhidmatan ERL beroperasi.
4. Pihak Operator KLIA dikehendaki membuat kutipan kepada syarikat ERL Sdn Bhd.
■
Pada
April 2002, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah membayar
RM5 bagi setiap penumpang (antarabangsa) kepada ERL. Manakala pada
April 2008, kerajaan bayar ERL bagi pihak MAHB untuk mengelakkan MAHB
rugi hasil daripada perjanjian konsesi tersebut.
■
Dalam
jawapan di Parlimen pada 2009, dewan mengesahkan bahawa RM5 daripada
RM51 telah dikutip sebagai cukai lapangan terbang bagi penerbangan
antarabangsa dibayar kepada KLIA Ekspres.
■
Pada
Mei 2014 sejak pembukaan KLIA2, ERL dilaporkan mencatat perolehan
RM200 juta tetapi ianya dilaporkan masih merekodkan kerugian RM30
juta, hairankan?. Cukai lapangan terbang pada Disember 2015 telah
meningkat kepada RM65 untuk penerbangan antarabangsa. Mengikut rekod,
projek ini dibiayai oleh bank tempatan dan Tabung Haji sehingga siap
berjumlah RM2.4 billion dan ERL Sdn Bhd telah menerima pampasan dari
kerajaan RM2.9 billion!. Jumlah keseluruhan RM5.3 billion yang
diterima oleh syarikat konsesi ini masih dikatakan rugi lagi!!?.
Jumlah tersebut tidak termasuk kutipan (collection) yang tidak
diumumkan di media2.
■
Unjuran
keuntungan terus meningkat sekitar RM1 bilion setiap tahun bermula
2014. Dan dijangka terus meningkat kepada RM2.5 billion setiap tahun
bermula 2024.
■
Pada
1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya
Pengangkutan Darat (SPAD), harga tiket sehala daripada KL Sentral ke
KLIA/KLIA2 adalah RM55, iaitu meningkat 57% atau RM20 daripada harga
asal RM35. Peningkatan harga tiket ini bukan sahaja membebankan
penumpang ke KLIA dan KLIA2. Malah penumpang ke Putrajaya atau
Cyberjaya dari KL Sentral juga akan dibebani kenaikan kos RM4.50,
iaitu lebih 47% dari harga asal RM9.50 kepada harga baru RM14.00.
■
Peningkatan
harga yang mendadak ini perlu dijelaskan lebih2 lagi jika fakta2
berikut diambil kira.
- KLIA Ekspres telah menikmati peningkatan kadar jumlah pengguna pada anggaran 40% sejak pembukaan sambungan KLIA2, hinggakan 6 unit tren baru ditempah pada penghujung tahun 2014. Peningkatan jumlah penumpang sudah pasti menambahkan pendapatan KLIA Ekspres. Selain itu, pembinaan sambungan KLIA2 yang kosnya RM100 juta telah ditanggung dan dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Ini bermakna KLIA Ekspres dapat menikmati keuntungan kewangan, kesan dari peningkatan jumlah penumpang tanpa perlu membelanjakan sebarang modal tambahan.
- KLIA Ekspres telah menandatangani perjanjian perlesenan jangka panjang dengan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) untuk menggunakan laluan yang menghubungkan KL Sentral dengan KLIA dan KLIA2. Kadar perlesenan dibayar oleh KLIA Ekspress kepada PAK akan mewajarkan kenaikan harga tambang melebihi 50%.
- Landasan keretapi ekspres ke KLIA telah dibina dengan sokongan kerajaan termasuk pinjaman RM940 juta daripada Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. Salah satu ahli daripada konsortium yang dianugerahkan kontrak pembinaan landasan ke KLIA berjumlah RM2.4 bilion adalah Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd (SPYTL), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh YTL Corporation Bhd. YTL Corporation merupakan pemilik majoriti bagi KLIA Ekspres. Ini bermakna YTL Corporation turut mengaut keuntungan daripada pembinaan landasan keretapi ke KLIA.
■
Perjanjian
bukan tertakluk kepada harga tambang, ianya melibatkan jangka masa
dan juga berkait rapat dengan ‘renewal’ kontrak apabila kontrak
sudah hampir tamat tempoh.
■
Mengikut
terma perjanjian, naik atau tidak ERL sejumlah wang tetap akan
dibayar kepada ERL (YTL). Dalam jangka 30 tahun, kenaikan tambang
akan mencecah sehingga RM159.
■
Kerajaan
terpaksa akur dengan membayar pampasan kepada pihak konsesi sekiranya
mahu mengelak kadar kenaikkan tambang kepada pengguna. Sehingga kini,
kerajaan telah membayar RM2.9 billion melebihi kos modal projek ERL
ini. Jumlah pampasan ini dijangka meningkat menjelang 2019 iaitu
semasa semakan semula kontrak setiap 5 tahun.
■
Legasi
Tun Dr. Mahathir sebenarnya banyak mendatangkan masalah kepada
penggantinya. Kedua2 penggantinya terpaksa memulihkan banyak projek
gajah putih yang dicipta pada zaman Tun Mahathir berkuasa.
■
Kerajaan
Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-6 DS Najib terpaksa
menjawap perihal isu kenaikkan tambang ERL ini kepada rakyat. Jika
tidak api kebencian yang dinyala puak2 ANC, pemimpin puak2
pembangkang akan menyemarakkan kebencian rakyat Malaysia terhadap
pihak kerajaan Malaysia. Ini kerana mereka didorong oleh sifat2
anti-Najib dan bukan didorong oleh fakta.
Tulisan
Rozmi Mokhtar
Rozmi Mokhtar
No comments:
Post a Comment