ADUN
Mengkibol, Tan
Hong Pin semalam dengan bangganya mendakwa bahawa Menteri Besar
Johor, Khaled Nordin, tinggal bersama-sama 13 orang pengundi lain di
sebuah rumah kedai di Masai, Johor.
Menurut
Malaysiakini, daftar pemilih bagi suku ketiga 2016 yang merekodkan
pertukaran alamat pemilih oleh Khaled dan anaknya Akmal Saufi ke
lokasi di atas.
Daftar
pemilih bagi suku berikutnya mencatatkan 12 lagi individu turut
disenaraikan kepada alamat yang sama.
“Jika
daftar pemilih itu diwartakan, maka akan ada 14 orang, termasuk MB
dan anaknya, didaftarkan sebagai pengundi di alamat itu,”
kata ADUN DAP itu.
Ia
adalah antara ratusan butiran pengundi yang didakwa mencurigakan yang
dikemukakan oleh Tan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Johor, hari ini.
Menurut
Tan, alamat yang dipersoalkan ialah ibu pejabat Umno bahagian
Pasir Gudang di alamat 1, Jalan Tembusu, Taman Rinting.
Lantas
saya membuat pemeriksaan ringkas kerana mungkin Tan dilahirkan tidak
cukup sifat dan tiada daya pemikiran untuk membuat pemeriksaan
ringkas dan mudah menggunakan Internet.
Saya
mendapati bahawa alamat yang konon-kononnya mencurigakan Tan itu
adalah lokasi Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Saya akan lebih teruja sekiranya terdapat para pengundi yang berdaftar di dua lokasi pengundian berbeza yang boleh dicapai dalam masa kurang lapan jam. Ini bermakna sekiranya beliau boleh mengikis kulit jari untuk menghilangkan dakwat kekal selepas mengundi di lokasi pertama, beliau boleh pergi ke lokasi kedua mungkin di sebuah negeri berjiranan untuk mengundi kali kedua.
Saya
lebih tertarik dengan suatu perkara yang pernah diajukan kepada
Ambiga dan rakan-rakan sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 pada tahun 2013
di mana dua orang pemimpin pembangkang berdaftar sebagai pengundi
MENGGUNAKAN ALAMAT RUMAH SEORANG AHLI UMNO!
Seperti
yang tertera dalam Tweet di atas bertarikh 16hb April 2013 (sebelum
Pilihanraya Umum Ke-13), Dato Zaiful Ayu Ibrahim, anak kepada Tan Sri
Dr Ibrahim bin Saad, meminta tolong Ambiga, BERSIH 2 dan Nurul Izzah
menyiasat bagaimana dua orang pengundi hantu bernama Wan
Azizah binti Wan Ismail dan Anwar
bin Ibrahim boleh
berdaftar di rumah keluarganya di Permatang Pauh sedangkan
keluarganya secara keseluruhan merupakan penyokong tegar UMNO di
kawasan Parlimen tersebut.
Apabila
saya memeriksa senarai pengundi berdaftar terkini bertarikh 27hb
September 2016, saya dapati kedua-dua pengundi hantu tersebut masih
berdaftar sebagai pengundi di alamat tersebut!
Tidak
menghairankanlah jika Tan tidak teliti dalam perkara seperti
ini. Beliau
pernah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Johor atas
alasan membawa masuk orang luar tanpa kebenaran ke dalam dewan
persidangan.
Apabila
mendapat sedikit kuasa menjadi ADUN, Tan berlagak seolah-olah Dewan
Undangan Negeri Johor itu DAP yang punya. Teringat saya kepada
suatu perumpamaan lama dalam tentera, “Seperti
Red Indian mendapat senapang.”
Habis kesemuanya di tembak termasuk langit.
Sekiranya
Tan kurang kebangangannya, beliau akan membantu SPR mencari senarai
orang yang tidak layak mengundi dan orang yang telah mati yang masih
tersenarai sebagai pengundi. Setakat berdaftar di rumah kedai
tidaklah seteruk orang kuat PKR dan Ketua Anus Usus Umum
Pakatan berdaftar di rumah orang kuat UMNO sekurang-kurangnya untuk
dua pilihanraya umum dan dua pilihanraya kecil di tempat yang sama.
Malangnya,
semasa waktu bantahan untuk Rang Daftar Pemilih suku tahunan
diberikan, dia tidak membantah. Kini baru beliau hendak timblkan syak
wasangka.
Menurut
Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, mana-mana daftar pemilih yang
telah diwartakan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.
Kemungkinan
juga ada 23 orang pengundi di setiap rumah kedai di situ.
Boleh
Tan Bang Ang periksa?
No comments:
Post a Comment