Friday, March 24, 2017

Kenali Apa Itu Hak Milik Strata & Penipuan Mahathir



Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1985 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan secara berlapis (multi-layer ownership) dengan dua cara berikut:


1. pengeluaran hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel): dan

2. pewujudan perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik strata didaftarkan.



Pindaan terkini kepada AHS iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong atau vacant possession (VP) secara serentak.

Melalui pengenalan konsep baru ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat.

Asas pindaan undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata. 

Sila rujuk pautan dibawah untuk keterangan lanjut;  
http://www.kptg.gov.my/ms/content/faqs-hakmilik-strata




Sejarah asal dari Flat Pekeliling

Menurut sejarah, asal usul kewujudan akta ini adalah melalui projek Flat Pekeliling. Projek ini telah dibina antara tahun 1964 dan 1967 untuk menampung golongan berpendapatan rendah dan rakyat setinggan di bandar.

Mereka disediakan dengan tujuh blok rumah pangsa (Blok A, Blok B (kedua-dua dirobohkan pada tahun 2006), Blok C, Blok D, Blok E, Blok F, Block G) dan rumah kedai empat tingkat yang terletak di Jalan Pekeliling (kini Jalan Tun Razak) dan Jalan Pahang, yang dibina pada kos RM20.5 juta pada ketika itu yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Ibu Kota Kuala Lumpur (kini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).

Memudahkan pemahaman

AHS ini dalam bahasa mudahnya adalah pengeluaran hakmilik kepada mana-mana penama keatas ruangan bangunan dan ruang sesebuah premis itu sahaja. Ia tidak mencakupi keseluruhan bangunan dan kawasan sekitar, apatah lagi tanah tapak bangunan tersebut.

Sebagai contoh, jika kita membeli sebuah rumah apartmen atau kondominium, maka kita hanya dikira membeli ruang antara dinding ke dinding dan ruang antara lantai ke siling rumah kita sahaja. Lain-lain ruang seperti lif, tapak letak kereta, padang permainan, kafeteria, taman bunga, tangga atau mana-mana kawasan selain dari rumah kita adalah dianggap milikan bersama.

Maka, sekiranya kita menerima sesebuah premis atau hartanah itu secara 'milikan kekal', ia bermaksud kita hanya 'berkuasa penuh' terhadap ruang yang disebutkan tadi sahaja. Manakala lain-lain ruang iaitu ruang milikan bersama bukanlah dimiliki oleh kita secara kekal abadi.






Mengetahui putar belit Mahathir

Dalam isu pemilikan kekal yang dimaksudkan kepada para pembeli projek Forest City di Johor itu, ia sebenarnya terpakai hanya kepada ruang peribadi atau premis yang dibeli seperti disebutkan tadi sahaja.

Ini bermakna, para pembeli tidak kira dari negara asing mana sekali pun tidak berdaya atau tiada kuasa untuk berkuasa di negara kita atau menggunakan ayat Mahathir bahawa 'membeli Malaysia'.

Ya, sebetulnya pemilikian hartanah di projek Forest City di Johor adalah bersifat milikan kekal. Namun, diulangi sekali lagi ia hanya kepada ruang kecil beberapa kaki persegi antara dari dinding ke dinding dan dari lantai ke siling rumah sahaja.

Jadi, dimanakah pula yang dikatakan bahawa Malaysia bakal tergadai kepada bangsa asing yang membeli hartanah di pulau buatan manusia itu?

Sebelum kita mempercayai dan menyokong Mahathir, adalah lebih elok untuk kita memahami secara lebih mendalam akan sesuatu isu serangan Pengerusi PPBM itu terlebih dahulu.



No comments:

Post a Comment