9
tahun lalu, pengundi-pengundi Bayan Baru telah membuat kesilapan
dengan melantik Sim Tze Tzin sebagai Wakil Rakyat mereka. Ini diakui
sendiri oleh Ahli Parlimen berkenaan di dalam laman sosial Twitter
dan Facebook beliau. Hari ini terbukti apabila di dalam Sidang Dewan
Rakyat, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru bertanyakan soalan
berapakah jumlah agen perisikan asing di Malaysia!
Bagi
sesiapa yang pernah menonton filem Allied, di dalam filem berkenaan
Brad Pitt, seorang agen perisik telah menyamar sebagai seorang suami
kepada heroin supaya identitinya tidak diketahui oleh pihak musuh.
Ini namanya perisik atau 'spy'. Agak kurang bijak atau bodoh
sekiranya mana-mana negara asing hendak mengisytiharkan agen
perisikan mereka kepada Malaysia atau pun kepada negara-negara lain.
Jawapan
Timbalan Perdana Menteri saya suka apabila beliau menjawab perisik
asing tidak mendaftar sebagai perisik dengan Kerajaan Malaysia. Ada
jugak Ahli Parlimen pembangkang yang kurang bijak di Malaysia ini ya?
No comments:
Post a Comment