Jabatan
Penjara Sungai Buloh meluluskan permohonan istimewa keluarga banduan
Anwar Ibrahim untuk membenarkan beliau melawat isterinya, Dr Wan
Azizah Wan Ismail, yang dimasukkan ke hospital, semalam.
Anaknya
yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan
kelulusan istimewa itu dan memaklumkan bapanya yang didapati bersalah
kerana meliwat telah meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama
ibunya.
"Peguam
kami menghantar surat kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh
bagi mendapatkan kebenaran istimewa selepas memberikan surat
pengesahan doktor.
"Alhamdulillah,
ayah (Anwar) diberi kebenaran istimewa berada di hospital di samping
ibu dan ahli keluarga yang lain semalam," katanya ketika ditemui
di Parlimen, hari ini.
Semalam,
Dr Wan Azizah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Setiausaha
Politik beliau, Rodziah Ismail, berkata keadaan ketua pembangkang
yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu stabil dan tidak
membimbangkan.
[ baca berita asal ]
No comments:
Post a Comment