Saya ingin cuba beri penjelasan sedikit berkenaan isu-isu 1MDB dengan bahasa mudah faham. Kalau guna bahasa tinggi nanti saya pun tak faham penulisan sendiri. Bahasa yang saya gunakan budak tadika pun faham. Kalau tuan-tuan dan puan-puan tak faham maksudnya, tuan-tuan dan puan-puan elok jaga anak di rumah, jalankan tugas di pejabat atau buat kerja yang lebih bermanfaat daripada nak marah dan gulingkan pemimpin atas sebab perkara yang tidak difahami.
Bukan apa, terlalu ramai yang meroyan bila nama 1MDB disebut dan menjadi tajuk utama berita di Toilet Tabloid (suratkhabar standard jamban, contohnya TMi, MKini, FMT, MMO, MChronicle dll). Haram tuan-tuan dan puan-puan tak terkejut beruk.
Saya bukan bertujuan hendak meyakinkan sesiapa akan kebenaran fakta tetapi sekurang-kurangnya anda harus tahu apa yang dibalahkan dan memberi pertimbangan sedikit sebanyak kepada fakta dan juga dengan menggunakan akal fikiran. Sangat suka saya jika tuan-tuan dan puan- puan bersangka baik dan tidak mengatakan saya cuba tegak benang yang basah. Kalau ada bukti atau hujah yang menunjukkan sebaliknya, silakan. Kalau tidak ada hujah, sila rujuk kepada kata-kata awal saya di atas.
Saya senaraikan beberapa dakwaan:
1. RM42 bilion hilang? TIDAK BENAR.
Selepas membuat u-turn, ayahanda Tun M pun berkata sesiapa yang mengatakan RM42 billion itu hilang adalah ‘bangang’. Bukan saya kata, ayahanda Tun kata.
2. Hutang sampai RM42 bilion? BENAR. Tetapi:
(a) Jumlahnya termasuk RM8 bilion yang dari awal ditanggung oleh anak-anak syarikat sebelum diambil alih oleh 1MDB,
(b) Nilai aset melebihi RM50 bilion,
(c) Termasuk dalam aset RM50 bilion ialah aset kewangan (financial assets) berjumlah USD6 bilion (RM20 bilion) yang mudah tukar kepada wang,
(d) Selain itu 1MDB memegang ’stok’ tanah untuk tujuan pembangunan (land bank) yang boleh dikatakan agak mudah dijual. Pendek kata 1MDB tidak akan muflis dan tidak akan membankrapkan kerajaan.
3. Hutang RM42 bilion dijamin kerajaan? TIDAK BENAR.
Jumlah yang dijamin kerajaan adalah sehingga RM5.8 billion. Itupun rakyat tidak perlu risau kerana kerajaan akan menanggung hutang hanya setakat wang masih tidak mencukupi setelah semua aset-aset habis dijual. (Ingat: Nilai aset melebihi RM50 bilion berbanding hutang RM42 bilion).
4. Aset BSI tiada nilai? TIDAK BENAR.
Setelah pelaburan 1MDB dikeluarkan dari PetroSaudi (Cayman Islands) sebahagian dicairkan kepada wang tunai yang kemudian digunakan untuk membayar hutang dan lain-lain — ini termasuk menjelaskan sepenuhnya pinjaman bank RM2 billion (yang mana pembangkang membohong kata tidak dibayar oleh 1MDB) manakala USD1.103 bilion masih disimpan dalam bentuk pelaburan dengan nilainya dijamin kerajaan Abu Dhabi. Ada si jahil yang mengatakan aset BSI nilainya kosong (kononnya “worthless’). Mungkin orang tidak tahu bahawa bank-bank di Singapura telah memberi pinjaman sebanyak USD975 juta dengan aset BSI (bernilai USD1.103 bilion) sebagai cagaran (collateral). Kalau aset BSI tiada nilai, maksudnya bank-bank tersebut adalah ‘bangang’ kerana tidak menyemak atau memastikan terlebih dahulu nilai aset BSI tersebut.
5. Jho Lo curi USD700 juta dari 1MDB? TIDAK BENAR.
Pembangkang mendakwa wang tersebut dicuri (siphoned out) semasa pelaburan dibuat di Cayman Islands. Mustahil ini berlaku kerana kesemuanya pelaburan (pokok dan keuntungan) telah dikembalikan kepada 1MDB sebagaimana disahkan oleh auditor. Kalau USD700 juta dicuri atau lesap, auditor akan dapat tahu hanya dengan pengiraan campur tolak. Auditor takut dipenjara 7 tahun di bawah Companies Act 1965 kalau tidak kira dengan tepat dan mengeluarkan laporan audit yang salah.
6. Ananda Krishnan pinjamkan RM2 billion kepada 1MDB? TIDAK BENAR.
Tak perlu saya ulas panjang2, nanti tuan-tuan dan puan-puan lagi pening. Biar saya ulangi sahaja: tidak benar.
7. Tabung Haji menyelamatkan (bail out) 1MDB melalui belian tanah berharga RM188.5 juta? TIDAK BENAR.
Benar TH beli tanah berharga RM188.5 juta tetapi kalau TH tidak beli, pelabur lain akan beli. 1MDB tidak akan muflis pun kalau tiada siapa beli. Kalau TH beli 10 lot tanah dengan harga RM19 billion, baru boleh kata bail-out.
8. Pak Arab pinjamkan USD1 billion kepada 1MDB? TIDAK BENAR.
Tuan-tuan dan puan-puan sepatutnya dah tahu Tony Pua suka menipu. Bila dia tak faham sesuatu perkara dia akan buat-buat faham. Bila dia faham sesuatu perkara dia buat-buat tak faham. Hakikatnya USD1 billion dari IPIC ialah sebahagian pembayaran untuk urusan perniagaan yang akan mendatangkan keuntungan bagi 1MDB. Tunggu maklumat lanjut dari kerajaan/1MDB.
9. 1MDB gunakan dokumen palsu untuk mengatakan ada wang di akaun BSI? TIDAK BENAR.
Ini fitnah pembangkang. 1MDB tidak memalsukan apa-apa dokumen dan tidak perlu memalsukan dokumen. Auditor pun tidak lihat dan tidak perlu lihat dokumen palsu tersebut untuk memastikan wujudnya aset BSI yang bernilai USD1.103 billion kerana auditor menggunakan kaedah audit yang 100% boleh dipercayai dan diyakini.
Ini fitnah pembangkang. 1MDB tidak memalsukan apa-apa dokumen dan tidak perlu memalsukan dokumen. Auditor pun tidak lihat dan tidak perlu lihat dokumen palsu tersebut untuk memastikan wujudnya aset BSI yang bernilai USD1.103 billion kerana auditor menggunakan kaedah audit yang 100% boleh dipercayai dan diyakini.
10. 1MDB ‘wind down’ sebab nak muflis maka ada jualan murah (firesale)? TIDAK BENAR.
1MDB adalah “holding company”. Pada mulanya memang lebih efektif dan efisyen mengawal urusan dan pentadbiran di bawah satu syarikat (centralised) terutama sekali ketika masih dalam “incubation” atau sebelum perniagaan matang. Contohnya akan ada “common costs” di mana kos di bawah kawalan satu syarikat lebih rendah berbanding jumlah kos urusan/pentadbiran jika berasingan. Bila perniagaan dan aktiviti kian berkembang dan/atau stabil, sampai masanya untuk setiap unit perniagaan mengurus dan mentadbir secara berasingan.
Kalau nak faham bab ini, kena faham dulu konsep “Centralisation vs Decentralisation” dan “autonomy”. Mana satu cara pentadbiran yang dipilih bergantung kepada beberapa faktor termasuk (maaf saya guna English) cost efficiency, risk management, tax efficiency, management control, human resource, exit strategy dan sebagainya.
Sebagai satu contoh faktor untuk pertimbangan, percukaian berbeza bagi “investment holding company” dan syarikat yang ada aktiviti perniagaan. Saya kena tulis buku kalau nak jelaskan sepenuhnya tapi pada keseluruhannya tidak ada beza dari segi pemilik (kerajaan).
Ia begini: Katakan saya memilki sepenuhnya sebuah syarikat yang namanya Rafizi Bodoh Sdn Bhd (RBSB). RBSB memiliki beberapa hartanah, kereta dan pelaburan ASB. RBSB juga tanggung beberapa pinjaman hartanah, pinjaman kereta dan pinjaman pelaburan. Kemudian tak pasal-pasal satu kampung memfitnah RBSB menyebabkan RBSB sukar untuk membeli atau menjual hartanah atau menjalankan perniagaan tanpa dimaki hamun. Saya kemudian membuat keputusan untuk pindahmilik semua aset-aset tersebut atas nama syarikat-syarikat berasingan.
A Sdn Bhd memiliki hartanah, B Sdn Bhd memiliki kereta dan C Sdn Bhd memiliki pelaburan ASB. Semua hutang juga diambilalih dari RBSB dan ditanggung oleh A, B dan C secara berasingan. RBSB kemudian dibubarkan kerana tiada lagi urusan perniagaan. Nampak tak keluar poket kiri dan masuk poket kanan? Kalau keliru, rujuk kembali kepada kata-kata awal saya di perenggan pertama — jangan bagi boss nampak anda meroyan di Facebook.
11. PM bohong Parlimen? TIDAK BENAR.
Pembetulan kenyataan yang dibuat tidak bermaksud kenyataan asal adalah pembohongan. Pembetulan atau “addendum” bukan perkara luarbiasa. Nilai aset BSI tidak berubah pun. Tidak munasabah kalau segala maklumat kurang tepat atau kesilapan dikatakan pembohongan. Memang hebat kalau penulisan tuan-tuan dan puanpuan tidak pernah ada kesilapan.
Kalau ada yang masih tak berapa faham atau ingin tahu dengan lebih terperinci sila lah bertanya, dengan elok-elok ya. Nak cabar pun boleh tapi cabar elok-elok. Kalau cabar dengan soalan bodoh saya akan delete sebab menganggu saya memberi perhatian kepada kawan-kawan yang ikhlas bertanya. Saya takde mood nak gaduh buat masa ni.
Jika ada sebarang kesilapan mohon betulkan ya — saya tidak niat berbohong.
Oleh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/803186693135469
https://www.facebook.com/azmi929/posts/803186693135469
No comments:
Post a Comment