AIDCNews
– Pada Julai 2012, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal
Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman pernah
mendedahkan bahawa modus operandi utama DAP adalah melakukan
penyamaran dan penipuan identiti yang bertujuan untuk mengelabui mata
pengundi.
Jika
sebelum ini ramai pengundi menyangkakan identiti agama Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng adalah beragama Buddha berdasarkan identiti
nama yang tertera di kad pengenalannya, namun Mohamad Razali
mendedahkan sebaliknya.
“Untuk
pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir 90% kepimpinan DAP adalah
beragama Kristian. Lim Guan Eng, nama penuh dia pun Joseph Lim Guan
Eng. Lim Kit Siang ke, Ronnie Liu, Teresa Kok..mungkin banyak orang
tahu.
“Ada
setengah masih guna nama Cina tapi mereka adalah merupakan anutan
Kristian,” dedah Mohamad Razali.
Selanjutnya,
sila baca “Pendedahan
Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam
DAP”
Dakwaan
Mohamad Razali itu hampir sama dengan pendedahan yang dilakukan oleh
bekas penulis Malaysiakini, Helen Ang.
Selain
Guan Eng, Helen
menamakan Teresa
Kok, Tony Pua, Hannah Yeoh, Nga Kor Ming, Teo Nie Ching dan Ngeh Koo
Ham sebagai orang kuat Kristian dalam DAP.
Helen
turut menamakan ramai
lagi aktivis Kristian dalam
DAP termasuk Ong Kian Ming, Violet Yong, Yeo Bee Yin dan lain-lain.
Pada
2014, Teresa Kok pernah mendedahkan gambar Dr Wong Chin Huat berada
dalam sebuah Gereja Our Lady of Lourdes di Klang.
Dr
Wong Chin Huat merupakan pakar
rujuk ‘Maqasid Syariah’ di
Penang Institute.
Turut
dipaparkan juga muka Zainah Anwar (Sister In Islam) dan Ivy Josiah,
aktivis Kristian dari Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO).
Gambar aktivis Kristian, Jerald Joseph yang terlibat aktif dalam CAN (Community Action Network) dan KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat) juga turut dipaparkan.
Penang
Institute, Sister In Islam, WAO, CAN dan KOMAS merupakan pendokong
utama pergerakan BERSIH.
“Gereja
ini penuh dengan rakan-rakan Katolik dan beberapa ahli politik
Kristian seperti Charles Santiago, Dr Xavier (Jayakumar), Yeo Bee
Yin.
“Aktivis
NGO-bukan (jenama) Kristian seperti Wong Chin Huat dan beberapa
anggota kumpulan wanita yang diketuai oleh Ivy Josiah, Marina
Mahathir, Zainah Anwar, Siti Kassim dan lain-lain juga berada di sana
untuk menunjukkan sokongan,” tulis Teresa Kok dalamFacebooknya.
No comments:
Post a Comment