"Tugas
kita ialah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari suruh buang
UMNO dan Barisan Nasional (BN). Memang betul, nak menang jadi
kerajaan memang tugas kita kena menghasut."
Jangan
lupa ini iltizam yang dilafazkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli setiap kali fitnah terbaru yang dikeluarkan olehnya.
Fitnah
terbaru beliau yang boleh dibaca di laman blog beliau di
sini adalah hotel
mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi
(LICC) adalah milik TS Peter Sondakh. Hakikat yang sebenarnya adalah
kedua-dua projek Langkawi yang dituduh dimiliki oleh TS Peter Sondakh
sebenarnya 60% adalah milik kerajaan melalui Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA) dan Aset Tanah Nasional Berhad. TS Peter Sondakh
memiliki pegangan saham sebanyak 40% melalui suntikan dana dan
melalui branding St Regis. Untuk rekod, TS Peter Sondakh juga pemilik
hotel St Regis di Jakarta dan di Bali.
Kedua,
Rafizi Ramli mempertikaikan bagaimana sebuah hotel mewah seperti St
Regis yang dimiliki oleh TS Peter Sondakh, milik ahli perniagaan
besar yang bukan rakyat Malaysia pun boleh dibiayai oleh wang rakyat
melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)? Bab ini saya hendak
katakan Rafizi Ramli seorang akauntan yang bodoh!
Sejak
bila meminjam daripada Bank menggunakan wang Rakyat? Pinjaman dari
BPMB memerlukan kedua-dua projek berkenaan dicagarkan kepada Bank.
Setiap pinjaman perlu dibayar balik kepada Bank bersama faedah atau
keuntungan. Celah kangkang Rafizi Ramli yang mana duit Rakyat
digunakan dengan membuat pinjaman dari Bank? Ini bukan duit rakyat
percuma. Ini PINJAMAN. Faham atau tidak si sotong ini?
Kesimpulannya,
sememangnya tugas Rafizi Ramli ialah menghasut rakyat tiap-tiap hari
dengan pelbagai tuduhan dan tuduhan yang tidak masuk akal.
[ Baca Berita Asal ]
No comments:
Post a Comment