Friday, May 5, 2017

Kecoh Di Atustin Perdana Johor Bahru Apabila Pemandu cina Masuk Laluan Yang Ditutup Untuk solat Jumaat. Nitizen Menyerlahkan Sikap Rasis Cina DAP @PDRMsia @SKMM_MCMC




Walaupun orang Melayu dan Bumiputera telah wujud di negara ini ketika negara ini masih lagi dalam bentuk sebuah 'negara besar' Kepulauan Melayu, bahkan merekalah yang paling banyak berjuang menentang penjajahan dari zaman Raja Chola, Raja Suran, Sukhotai, Ayutthia, Burma, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, tetapi ia tidak pernah dijadikan sebagai penghalang untuk kaum imigran bermastautin dan sama-sama berkongsi rezeki di bumi bertuah ini. Baca seterusnya kupasan The Saviour











Ini adalah sebahagian daripada komen-komen yang dibuat di laman sosial berkaitan kejadian pergaduhan yang berlaku selepas sembahyang Jumaat, tengah hari tadi di Masjid di Taman Austin Perdana, Johor Bharu. Ahli politik usah bercakap mengenai perpaduan sekiranya komen-komen di atas diambil kira, lapor CTS

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila pemandu berbangsa Cina berkenaan membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah, dari bermula sembahyang Jumaat hingga selesai sembahyang.

Tindakan pemandu Toyota Camry itu membunyikan hon dipercayai gara-gara keretanya tidak dapat melalui kawasan tersebut ekoran dihalang beberapa kenderaan yang diparkir di kawasan sekitar masjid itu.

Usai sembahyang Jumaat selesai, ahli jemaah menyerbu kereta berkenaan kerana tidak menjaga sensitiviti agama. Pemandu berbangsa Cina itu cuba untuk melarikan diri hingga hampir melanggar sekumpulan jemaah itu. Sebelum itu, para jemaah sudah cuba menegur perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki itu secara baik, namun tidak diendahkan.

Keadaan makin kecoh apabila para jemaah berang dan bertindak menyerang kereta pemandu Toyota Camry itu hingga pecah cermin belakang. Malah tidak cukup dengan itu, pemandu berbangsa Cina berkenaan yang memakai baju berwarna merah turut dibelasah teruk menggunakan kon apabila dia keluar daripada kenderaannya.

Di bawah adalah video-video yang viral di media sosial:





Mungkin pemandu kereta Camry berbangsa Cina itu tidak faham papan tanda di bawah:




Di bawah adalah Kenyataan Media daripada Polis Di Raja Malaysia:



No comments:

Post a Comment