GST Digunakan Untuk 'Bail-out'? Kiraan Matematiknya Tak Masuk Akal
Satu tanggapan salah yang biasa yang direka dan digunakan di kalangan penyokong Pakatan bagi tujuan propaganda pembangkang adalah bahawa GST atau pengurangan subsidi digunakan untuk “menyelamatkan” 1MDB atau disonglap.
Tetapi apa yang puak Pakatan tidak pernah memberitahu anda adalah apabila GST dilaksanakan, pelbagai perubahan besar dilakukan – sebahagian besarnya adalah pembaharuan cukai (tax reforms).
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dihapuskan.
Cukai Korporat dan Cukai Pendapatan diturunkan – terutamanya bagi mereka dalam kelompok berpendapatan sederhana dan rendah di mana mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan manakala bagi golongan berpendapatan pertengahan pula cukai peribadi mereka dikurangkan dengan ketara.
Pembaharuan cukai yang disebut di atas juga bermakna bahawa hasil cukai tambahan yang diperolehi melalui GST kebanyakannya dikutip daripada orang-orang yang tidak pernah membayar cukai atau tidak mengisytiharkan atau mengelak cukai sebelum ini – bukan dari mereka yang jujur membayar cukai pendapatan mereka memandangkan cukai mereka yang lain dihapuskan atau diturunkan.
BR1M: Mahathir Kata Rasuah, PKR Kata Hak Rakyat
BR1M juga dapat dilaksanakan dan kemudian memberikan kesan lebih dua kali ganda yang bermaksud bahawa golongan berpendapatan B40 kini dikenakan cukai pada kadar yang negatif – bermakna Kerajaan membayar mereka lebih daripada cukai yang mereka bayar.
Selain itu, pendapatan petroleum kepada Kerajaan telah menurun dengan ketara pada tahun 2015 dan 2016. Kesan bersih adalah pada keseluruhannya pendapatan Kerajaan menjadi kurang seperti yang ditunjukkan dalam carta di bawah.
Jadi, di mana wang dari GST disalurkan untuk “menyelamatkan” 1MDB? Kiraan matematik secara mudahnya tidak masuk akal untuk menyokong propaganda dan pembohongan Pakatan!
Walaupun Lim Guan Eng bukan ejen hartanah tetapi dia masih seorang akauntan. Saya pasti dia sekurang-kurangnya boleh membuat kira-kira berkaitan ini.
Jika GST adalah semata-mata untuk bail-out itu atau ini, mengapa Kerajaan tidak boleh hanya tingkatkan cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi? Mengapa perlu memperkenalkan cukai yang baru dan sangat telus yang akan menyusahkan kerajaan?
Jika GST adalah untuk bail-out itu atau ini, mengapa apabila selepas Malaysia memperkenalkan GST terdapat negara-negara seperti Mesir, India, Oman, Bahrain, Qater, UAE, Arab Saudi dan Jordan juga memperkenalkan GST? Siapa yang mereka hendak bail-out?
Apakah 160 negara-negara lain yang telah lama memperkenalkan GST juga bertujuan untuk bail-out?
Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14
Nota: GST adalah hasil Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kesemua kutipan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama hasil-hasil Kerajaan Persekutuan yang lain.
Kumpulan Wang Disatukan tertakluk kepada Rang Undang-undang Perbekalan sebelum boleh di belanjakan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pembentangan belanjawan pada setiap tahun adalah memenuhi kehendak-kehendak Perlembagaan ini. Secara asasnya, melalui pembentangan belanjawan, kerajaan memohon kebenaran rakyat (melalui Dewan Rakyat) untuk membelanjakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Setiap rakyat mempunyai akses untuk melihat sendiri laporan pembentangan bajet dan sekiranya telah diluluskan di Parlimen ianya akan menjadi akta dan setia perbelanjaan diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta disemak oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang jawatankuasanya terdiri dari kalangan Ahli Parlimen Parti Pemerintah dan Pembangkang.
Oleh Lim Sian See
No comments:
Post a Comment