Tuesday, May 30, 2017

Penulis Artikel ‘Bahaya Dap Kepada Melayu-Islam di Malaysia’ Pemenang Utama Esei Kit Siang Rasis



SHAH ALAM, 26 Mei – Artikel ‘Bahaya Dap kepada Melayu-Islam di Malaysia (siri 16 artikel yang dibukukan)’ telah memenangi hadiah utama berjumlah RM10,000 melalui pertandingan penulisan artikel “Lim Kit Siang seorang Rasis, anti Islam, anti Melayu dan Diktator…Apakah benar?” anjuran Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Namun begitu siapakah penulisnya terus menjadi rahsia ekoran permintaan penulis atas dasar faktor keselamatan.



Jelas Annuar, atas permintaan maka beberapa pemenang lain juga turut dirahsiakan identiti mereka.

“Kita memahami permintaan ini kerana ada pemenang yang tidak mahu dikenali dan mereka hanya pemerhati politik, jadi kita ikutkan kerana apa yang penting adalah mutu penulisan dan fakta yang diberi.

“Apa yang penting bahan mereka memenuhi kreteria pertandingan,” ujarnya dalam sidang media selepas menyampaikan hadiah kepada semua pemenang dan wakil di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media yang sama Annuar turut menjelaskan wang hadiah keseluruhan yang bernilai RM50 ribu bukanlah wang peribadi ataupun wang UMNO sebaliknya ia adalah hasil sumbangan daripada individu-individu tertentu.

Empat kategori telah dipertandingkan iaitu tulisan di blog, artikel di media, video pendek dan infografik.

Berikut adalah senarai pemenang bagi ke empat-empat kategori:

Penulisan Artikel

Hadiah Utama – RM10 ribu

Buku Bahaya Dap kepada Melayu-Islam di Malaysia (siri 16 artikel)

Honorarium – RM2 ribu

Lim Kit Siang – Pasimisme dan Kediktatoran Politik
Oleh: Mohaned Firdaus Zainal

Puad Zakarshi: Tindak Tanduk Memang Rasis
Oleh: Amizul Tunizar Termizi (Utusan Malaysia)

Dasar2 Kit siang Inikah yang Orang China Mahu?
FB: anti semua salah umno ASSU

Easy to Prove Kit Siang is Anti-Islam, Anti-Malay, Anti-Monarchy
Oleh: RPK malaysia-today.net

Kerosakan yg Kit Siang telah lakukan kepada sekolah Cina
Oleh: ketua pengarang malaysia-today.net

Perlukah kita dipimpin oleh “mereka”
Oleh: Ahmad Ikrani Mahshar, Kelantan

Kategori Penulisan Blog

Hadiah Utana – RM5 ribu

Kit siang no 1 racist – bahagian 1, bahagian 2, bahagian akhir
Oleh: blogger seademon.me

Honororium – RM1 ribu

Pendedahan mengejutkan: Dap dibantu komunis sejak pru 1969
Oleh: blogger mymassa.blogspot.my

13 mei: kit siang pernah halau melayu dari kg baru
Oleh: blogger sangah tok janggut

Kepala kepada bapak rasis – ramai cina tak sokong dap, diancam dan diugut oleh penyokong chauvinist !!!
Oleh: blogger megat panji alam

Fakta, realiti: lim kit sian dap diktator, rasis dan anti-islam
Oleh: blogger suara lensa

Bahaya sekolah demokrasi tajaan Dap
Oleh: blogger aidcnews

Kategori Video

Hadiah Utama – RM5 ribu

Tun Mahathir Mohamad
Bertajuk Kit siang memang rasis
Dirakam dan disiarkan oleh minaq jinggo

Honorarium – RM2 ribu

Tan Sri Muhyiddin Yassin ” dap parti totok cauvinis rasis !!!”
Diterbut dan disiar oleh dr novandri hassan basri

Datuk zulkifli nordin
“13 mei 1969 parang terbang”
Oleh: One Tuberz

Tun Dr Mahathir Mohamad “Kalau Lim Kit siang jadi perdana menteri”
Oleh: berita sabah

Sdr razali abdul rahman bekas pakar strategik dap
“Bahaya Nya Dap”
Oleh: rastakurku’s channel

Superman hew, protege lim kit siang dan dap
“Dap racist scum at work”
Oleh: stoptheliespls
Hadiah Utama – RM1 ribu

Ini Negeri bukan melayu punya….

Oleh: blog2-politik.blogspot.my

Honorarium – RM500

Malai si pergi… mati melayu
Oleh: blogger radikalisma

Melayu keluar… kita hentam lu
Oleh: blogger azha nelayan

Lim kit siang bapa tragedi 13 mei
Oleh: blogger navy-the-best.blogspot.my

Melayu balik kampung…
Oleh: blogger redah kasi pecah

Melayu keluar!!
Oleh: pengarang portal mynewshub


No comments:

Post a Comment