Wednesday, May 24, 2017

Tarikan Baharu Bermese Pool di Bandar Taiping




TAIPING - Satu lagi mercu tanda yang dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Burmese Pool Taiping siap dibina, awal Mei lalu.

Aktivis masyarakat, Azwan Lokman, 40, berkata, pelaksanaan mercu tanda tersebut mendapat kebenaran daripada pihak yang bertanggungjawab.

Menurutnya, projek itu bagi membantu usaha mempromosikan pelbagai aktiviti pelancongan dan rekreasi.

"Ia juga dijangka mampu membantu peniaga untuk memperkenalkan perniagaan yang ada di sekitar kawasan Burmese Pool kepada pengunjung," katanya, di sini baru-baru ini.

Tambah Azwan, sejak ia siap dibina, perubahan positif dapat dilihat terutama peningkatan pengunjung.

"Ketika ini, ramai yang datang dan bergambar di mercu tanda Burmese Pool," katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan atau mana-mana badan bagi menyejahterakan bandar Taiping serta warganya.

"Kami berharap semua pihak dapat menghargai usaha ini dan bersama menjaganya termasuk kebersihan persekitaran Burmese Pool," katanya.


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment