Friday, June 9, 2017

Rafizi Oh Rafizi ... Takkan Nak Tuduh Orang Guna 'Spreadsheet' Saja?






Di atas adalah kononnya dokumen rahsia sulit lagi menyulitkan yang disebarkan melalui media sosial, dikatakan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menyalah gunakan dana SRC untuk membayar Peguam Negara, TS Muhammad Shafee Abdullah berjumlah RM9.5 juta untuk kos guaman Anwar Ibrahim.

Nampak cantik dan tersusun. Sayangnya, bukti yang digunakan oleh Sotong dan pengikut agamanya hanyalah dibuat dengan menggunakan aplikasi 'spreadsheet'? Tiada pengesahan? Kenapa tidak cakap dari awal? Anak saudara penulis yang berumur 8 tahun mungkin boleh melakukan dengan lebih baik!

Kalau hendak menipu boleh. Sekurang-kurangnya, dapatkanlah *'3rd party verification'*. *Jelaskan tuduhan, dedahkan bukti yang tidak nampak lucu satu persatu dan jelaskan naratif*. Hendak menipu tidak pandai. Mungkin di mata penganut agama Sotong, perkara ini nampak besar, namun bagi seorang juruaudit bertauliah yang berpengalaman berbelas tahun, 'spreedsheet' di atas  hanya dibakul sampahkan.

Mudah-mudahan TS Muhammad Shafee akan menyaman pihak-pihak yang membuat fitnah bodoh ini. Biar mereka gelabah mencari bukti. Teringat penulis dekat DAP. Mungkin Sotong belajar dari DAP yang digunakan ketika Kongres DAP dan pemilihan CEC DAP. Itupun 'spreadsheet' yang digunakan DAP banyak yang silap.

Nota Kaki: Dengar balik apa kata idola pembangkang, Tun Dr Mahathir mengenai bukti jenayah DS Najib Tun Razak. Transkrip terjemahan dalam Bahasa Malaysia turut sertakan kerana tahu pengikut agama Sotong pemalas dan bodoh! 


[ Baca Berita Asal]


No comments:

Post a Comment