Wednesday, June 7, 2017

Setelah Habis Tanah Dijual, Pinjam Wang Dari China - Habis Pinjam Bank Asing, Gadai Seluar Dalam




CTS : Ketua Menteri DAP Joseph Lim Guan Eng mengakui kos operasi Rejim Pulau Pinang naik 500% pada 2017 atau RM324 juta berbanding RM19 juta pada 2008. Kononnya kos meningkat untuk pastikan projek dan program dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun, Jospeh Lim Guan Eng tidak menjawab bagaimana Rejim Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

Adakah ianya dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

Jika benar pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan negeri berkenaan tidak boleh menjual sebidang tanah yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?

Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kepada The Edge pada 22/07/2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.


Bagaimana Rejim Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion tersebut? Adakah melalui pinjaman daripada Bank EXIM China atau dari bank lain, atau mencagarkan seluar dalam Ketua Menteri?

No comments:

Post a Comment