Ketika bercakap dalam 23rd International Conference on the Future Asia yang dianjurkan oleh Nikkei Inc pada 6 Jun 2017 lalu, Dr. Mahathir mencadangkan kepada anggota-anggota TPPA tentang keperluan penyertaan China yang merupakan wilayah ekonomi terbesar di rantau ini.
Katanya, tanpa Amerika Syarikat, negara-negara Asia sudah sewajarnya memikirkan kaedah baru untuk saling bekerjasama dengan cara yang lebih berkesan. Ini adalah kerana menurut Dr. Mahathir, Amerika Syarikat seringkali berkecenderungan untuk memaksa negara-negara lain mengikut telunjuk dan pandangan mereka.
Menurutnya lagi, negara-negara Asia perlu menggunakan peluang ini untuk mengurangkan kebergantungan mereka kepada Amerika Syarikat terutama dalam bentuk perdagangan dan politik.
Menurutnya lagi, tidak menghiraukan China bermakna gagal melihat peranan yang dimainkan oleh China di wilayah ini dan ia akan mewujudkan ketidakseimbangan antara China dengan negara-negara lain.
Berkenaan Inisiatif Belt and Road (OBOR), menurut Mahathir ia adalah idea yang bagus untuk menggunakan laluan menerusi Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Sekaligus walaupun secara tidak langsung dan di bawah sedarnya, Mahathir sebenarnya mengiktiraf kerja-kerja giat yang dijalankan oleh Najib membabitkan kesemua yang dikatakannya dan negara China dalam ekonomi Malaysia sendiri.
Di sebalik cerita kononnya Najib menjual negara, Mahathir tanpa malu turut berkongsi idea yang sama.
Pun begitu Mahathir masih cuba menegakkan benang basahnya apabila dia mengatakan Najib terlalu berkuasa. Dia juga berkuasa tetapi menurutnya dia tidak pernah menyalahgunakan kuasanya menyebabkan dia boleh dipilih sebanyak lima kali.
Mahathir masih berusaha untuk menafikan pendedahan demi pendedahan berkenaan projek-projek kroni yang telah merugikan negara dan rakyat negara untuk jangka panjang.
Najib sebaik-baik sahaja mengambilalih tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, telah melakukan transformasi ekonomi yang besar termasuklah menghapuskan penguasaan kroni-kroni Mahathir dalam banyak sektor sehingga meninbulkan kemarahan Mahathir.
Dalam satu kes, Mahathir marah apabila rakan kongsinya dikejar dan dikenakan tindakan sita oleh Lembaga Hasil dalam Negeri kerana lari dari membayar cukai.
Ketika ditanya sama ada dia akan kembali menjadi Perdana Menteri jikalau partinya menang pilihanraya nanti, Mahathir menjawab, "Mungkin tetapi untuk jangka masa sementara."
Mudah sangat bekas Perdana Menteri Malaysia keempat ini bertukar cakap dan bersalin kulit.
Kalau dalam ceramah-ceramah dan kempennya di Malaysia, OBOR didakwanya sebagai menjual negara, di Nikkei Inc pula Mahathir puji dan kata perlu. Makahan dia turut menyatakan sokongan Malaysia mempunyai hubungan akrab dan rapat dengan China sedangkan dalam ceramah-ceramah dan kempen propagandanya, hubungan itu amat merbahaya kepada negara.
Cuma dua perkara yang dia kekal dengan pendiriannya iaitu keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri dan ketiadaan rasa kesal, rasa bersalah dan amnesia berpilih-pilih apabila dia mengatakan dia tidak pernah menyalahgunakan kuasa semasa menjadi Perdana Menteri.
RUJUK JUGA:
---
http://asia.nikkei.com/…/TPP-fairer-without-US-Malaysia-s-e…
http://asia.nikkei.com/…/No-single-currency-should-dominate…
Sumber
No comments:
Post a Comment