Wednesday, July 5, 2017

Trump Pun Kata Media Negaranya Bodoh, Yg Pakatan Sanjung Tu Kenapa?






DUNIA mungkin sudah masuk abad ke 21 tapi media Amerika Syarikat yang disokong agensi perisikan negara itu masih lagi berada di takuk lama.

Contohnya, perang dingin sudah lama berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin tapi media Amerika sentiasa mengapi-ngapikan permusuhan antara negara itu dengan Rusia dalam pelbagai cara, kadang-kadang dalam bentuk yang tak terfikir dek minda..

Terbaru apabila media Amerika Syarikat seperti WSJ, memperbesarkan dakwaan kononnya Rusia mempengaruhi keputusan pilihanraya Presiden negara itu yang menyaksikan Donald Trump menang dan calon popular, Hillary Clinton tewas.

Hakikatnya, sama seperti dakwaan DoJ terhadap 1MDB, tuduhan ini juga tidak mempunyai bukti.  Laporan 25 mukasurat yang disediakan FBI untuk menyokong dakwaan tersebut bukan sahaja tidak mempunyai bukti, malah penuh dengan andaian dan anggapan.  Tapi itulah yang gemar dimainkan media negara tersebut.  Rusia sendiri tidak mengambil endah perkara ini sekalipun ia dianggap benda besar oleh media Amerika Syarikat.

Maka tidak hairan kenapa Presiden negara itu sendiri pun menggelar  media negaranya sendiri sebagai bodoh macam batu.  Sementara penyokong Pakatan disini di ajar oleh Mahathir supaya mempercayai media Amerika seperti WSJ (antaranya) yang bercakap buruk dan bohong tentang pemimpin negara kita.


Ironinya, benda sama kalau berlaku pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri akan dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara tapi dalam usaha dia menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang agar dia sendiri dapat menjadi Perdana Menteri semula, ini (mempercayai media asing) dianggap satu tindakan yang mulia.-MyKMU.net


1 comment:

  1. Are you interested in joining the great illuminati, here is a life
    transforming opportunity into the world of the
    rich, you will be given $5,000 every two weeks as a membership
    blessings, powerful and famous.
    Inbox, OR send a friend request
    Whatsapp +13176681073

    ReplyDelete