Hebat
Pakar Strategik PKR ini kan? Adakah Rafizi Ramli akan melakukan sekali lagi
'hatrick' seperti apa yang beliau lakukan pada tahun 2016?
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi
Ramli. Hakim Datuk Azman Abdullah dalam
penghakiman lisan yang turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada
November lalu, yang mensabitkan Rafizi atas kesalahan membocor dokumen
1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sebuah sidang akhbar di bangunan
Parlimen tahun lalu.
Menurut
peguam Rafizi Gobind Singh oleh kerana kes itu bermula di Mahkamah Sesyen,
rayuan anak guamnya akan berakhir di Mahkamah Rayuan dan jika rayuan akhir
belum diputuskan ketika Parlimen dibubar, Mohd Rafizi tidak boleh bertanding
pada PRU14.
Pada
14/11/2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan
bagi setiap pertuduhan terhadap Rafizi Ramli yang menghadapi dua pertuduhan di
bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Hukuman tersebut diperintah berjalan serentak,
sebelum Rafizi Ramli memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Mengikut
pertuduhan pertama, Rafizi Ramli didakwa memiliki satu halaman muka surat 98
mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia
Rasmi 1972. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lobi bangunan Parlimen, Jalan
Parlimen, di sini pada 3 petang, 24/03/2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta
Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Bagi
pertuduhan kedua pula, Rafizi Ramli, turut didakwa mendedahkan kandungan
laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28/03/2016,
mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga
tujuh tahun.
Menurut
Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi
calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau
kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang
kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
Sementara
itu Rafizi Ramli juga sedang menunggu perbicaraan di mahkamah minggu ini dan September 2017 seperti berikut ;
1.
Perbicaraan dakwaan memfitnah Tabung Haji (criminal defamation) di bawah
Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Bermula Isnin, 21/08/2017 selama seminggu sehingga
Khamis, 24/08/2017.
2.
Perbicaraan dakwaan di bawah BAFIA kes National Feedlot Corporation (NFC).
Hakim akan memutuskan sama ada Rafizi Ramli akan dipanggil membela diri pada
21/09/2017.
No comments:
Post a Comment