Jana
Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai
'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS
Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara
kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman
pelajar dan kakitangan.
Pada
tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar
Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga
berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian
membawa kes ini ke mahkamah.
Pada
Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara
kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak
RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan
supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui
timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa
kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.
Pada
Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan
kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta
kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula
mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara
mereka.
Jadi
apa isunya?
Isunya
adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian
kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga
dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula
MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak
syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16
juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi
kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan
Othman.
Dua
pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak
RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini
dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor.
Baca di
sini.
Pengarah
Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan
Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga.
Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya
adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat
pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali.
No comments:
Post a Comment